link : Respon Kementerian Kesihatan Berhubung Isu Jenazah Mualaf Dibakar
Respon Kementerian Kesihatan Berhubung Isu Jenazah Mualaf Dibakar
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan juga sedang dijalankan oleh pihak hospital dan juga Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) untuk mengenalpasti punca yang menyebabkan berlaku kesilapan.
Akhbar Harian Metro melaporkan bahawa terdapat kekeliruan berlaku apabila jenazah Hassan Abdullah atau Lin Ah San @ Lim Ah San tersalah serah kerana nama itu dikatakan hampir menyamai dengan nama, Chu Kim San, yang juga dalam lingkungan 70-an.
Jenazah Hassan telah diserahkan oleh Unik Forensik Hospital Kajang kepada sebuah badan kebajikan dan dilaporkan bahawa mayatnya telah dibakar semalam.
Kesilapan itu baru disedari apabila Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia datang untuk menuntut mayat Hassan, yang merupakan seorang penghuni rumah tersebut.
Dr Noor Hisham yang kecewa dengan kejadian itu berkata kementerian memandang serius kesilapan itu.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan yang tidak mematuhi SOP dan garis panduan," katanya.
Beliau berkata abu jenazah Hassan telah diserahkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan rumah kebajikan berkenaan.
Kementerian juga telah mengeluarkan arahan kepada pihak hospital untuk penambahbaikan segera untuk mengelakkan kejadian seperti ini daripada berlaku lagi pada masa hadapan.
Demikianlah Artikel Respon Kementerian Kesihatan Berhubung Isu Jenazah Mualaf Dibakar
Anda sekarang membaca artikel Respon Kementerian Kesihatan Berhubung Isu Jenazah Mualaf Dibakar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/respon-kementerian-kesihatan-berhubung.html