link : Ribuan ke Rumah Terbuka PM bukti sokongan kepada Najib – TPM
Ribuan ke Rumah Terbuka PM bukti sokongan kepada Najib – TPM
Kehadiran ribuan tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat ke Rumah Terbuka Perdana Menteri dan ahli Jemaah Menteri di Seri Perdana sejak awal pagi menunjukkan sokongan kuat rakyat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malah, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kehadiran tetamu ke kediaman rasmi Perdana Menteri pada tahun ini juga meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.
“Ini menunjukkan sambutan baik. Kali ini juga banyak rakyat Malaysia yang bukan dari Putrajaya sahaja, tetapi dari Negeri Sembilan, Perak dan Johor.
“Ini juga memperlihatkan yang mereka ingin bertemu dengan Perdana Menteri. Bila mereka salam dengan Perdana Menteri macam ada kelegaan pada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berkenaan di sini.
Majlis berkenaan bermula pada 9 pagi berakhir4 petang ini. – BERNAMA
Sumber: Utusan Online
Demikianlah Artikel Ribuan ke Rumah Terbuka PM bukti sokongan kepada Najib – TPM
Anda sekarang membaca artikel Ribuan ke Rumah Terbuka PM bukti sokongan kepada Najib – TPM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/ribuan-ke-rumah-terbuka-pm-bukti.html