Rumah Terbuka Bukti Ekonomi Negara Pesat Berkembang

Rumah Terbuka Bukti Ekonomi Negara Pesat Berkembang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rumah Terbuka Bukti Ekonomi Negara Pesat Berkembang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rumah Terbuka Bukti Ekonomi Negara Pesat Berkembang
link : Rumah Terbuka Bukti Ekonomi Negara Pesat Berkembang

Baca juga


Rumah Terbuka Bukti Ekonomi Negara Pesat Berkembang

rumah3.jpg

JELI – Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri membuktikan ekonomi negara masih pesat berkembang.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tradisi rumah terbuka sempena Syawal ini merupakan ciptaan Malaysia dan tidak ada di negara lain.

“Yang di-Pertuan Agung ke-15, Sultan Muhammad V; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; syarikat korporat dan orang perseorangan mengadakan rumah terbuka. Jika ekonomi negara nak bankrap, kita tak akan mampu adakan rumah terbuka.

“Selain itu ia juga lambang kesederhanaan rakyat dan bagaimana konsep wasatiyah diamalkan. Persengketaan politik dilupakan, dan ia budaya perpaduan yang cukup hebat,” katanya kepada media mengulas mengenai majlis rumah terbuka yang diadakan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, jika budaya perpaduan ini diamalkan sepanjang tahun Malaysia akan menjadi negara yang berjaya dan bersatu padu.

“Perpaduan yang kita saksikan pada 1 syawal dan sepanjang bulan ini harus dikekalkan sepanjang tahun,dan jika ia dapat dilakukan sudah pasti Malaysia akan jadi negara yang selamat,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapa berkata, di Kelantan terdapat pelbagai fahaman politik dan semuanya saling bermaafan sempena Syawal.

rumah.jpg

Sebahagian tetamu yang menghadiri rumah terbuka Mustapa di sini, hari ini.

“Saya harap semangat keterbukaan, kesederhanaan dan silaturahim ini dapat kita kekalkan sepanjang tahun. Walaupun mungkin sukar untuk dikekalkan namun kita harus cuba.

“Sebagai ahli politik kita tunjukkan kepimpinan melalui tauladan yang baik kerana politik ini berkait dengan nilai-nilai murni yang bukan sahaja tentang wang ringgit serta bantuan dalam bentuk kebendaan, tapi lebih besar dari itu,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 10,000 rakyat negeri ini termasuk perantau memeriahkan rumah terbuka Mustapa yang diadakan setiap tahun di Darul Falah. – Sinar Harian

Sumber: sehinggit

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Rumah Terbuka Bukti Ekonomi Negara Pesat Berkembang

Sekianlah artikel Rumah Terbuka Bukti Ekonomi Negara Pesat Berkembang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rumah Terbuka Bukti Ekonomi Negara Pesat Berkembang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/rumah-terbuka-bukti-ekonomi-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :