link : Rusia Sifatkan ASEAN Rakan Kongsi Strategik Serantau
Rusia Sifatkan ASEAN Rakan Kongsi Strategik Serantau
HANOI – Rusia menyifatkan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) sebagai rakan kongsi strategik yang penting dalam memastikan keselamatan dan kestabilan serantau, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Kenyataan itu dibuat Timbalan Menteri Pertahanan Rusia Leftenan Jeneral Alexander Fomin pada Ahad semasa berlangsungnya Dialog Shangri-La ke-16 di Singapura.
Menurut beliau, perkara itu turut dicatatkan dalam dokumen akhir sidang kemuncak ASEAN-Rusia tahun lepas, serta mesyuarat tidak rasmi di kalangan menteri-menteri pertahanan negara-negara ASEAN dan Rusia.
Semasa mesyuarat tidak rasmi itu, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mengambil langkah perlu dalam meningkatkan hubungan Rusia-ASEAN, termasuk dalam memerangi keganasan antarabangsa, keselamatan maritim, menyalurkan bantuan semasa operasi pemulihan bencana, perubatan ketenteraan dan operasi pembersihan periuk api, katanya.
Rusia juga telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk mengukuhkan aktiviti kolektif di rantau ini dan membangunkan kod tatakelakuan bersama untuk semua pihak di Asia Pasifik, katanya.
Beliau turut menekankan pentingnya peranan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus dalam mekanisma keselamatan serantau, yang terbukti dengan kejayaan latihan bersama yang dilaksanakan selama ini. – BERNAMA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Rusia Sifatkan ASEAN Rakan Kongsi Strategik Serantau
Anda sekarang membaca artikel Rusia Sifatkan ASEAN Rakan Kongsi Strategik Serantau dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/rusia-sifatkan-asean-rakan-kongsi.html