link : Saham Teknologi Penyebab Kejatuhan Wall Street
Saham Teknologi Penyebab Kejatuhan Wall Street
NEW YORK: Aktiviti jualan besar-besaran dalam saham Apple dan saham teknologi berwajaran tinggi mengheret Wall Street turun semalam, sementara dolar turut susut menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) minggu ini.
Sektor teknologi memberi kesan kepada ketiga-tiga indeks saham utama Amerika Syarikat (AS) sekali gus meningkat kebimbangan berhubung tahap tinggi saham AS.
Indeks Nasdaq menamatkan dagangan susut 0.5 peratus selepas jatuh 1.8 peratus pada Jumaat.
Saham Apple susut 2.5 peratus, sementara turut berlaku kejatuhan dalam saham gergasi teknologi lain iaitu Alphabet, Facebook dan Microsoft.
Sementara itu, saham tenaga meneruskan kenaikan Jumaat, sekali gus menunjukkan pelabur mencari nilai.
Indeks tenaga S&P, yang menjadi antara sektor paling rugi setakat ini, menamatkan dagangan 0.7 peratus lebih tinggi.
Indeks teknologi S&P pula susut 0.8 peratus pada Isnin, namun lebih baik daripada paras terburuk sesi berkenaan dan kekal tinggi 17.6 peratus setakat ini pada tahun ini.
Sektor berkenaan melonjak kepada paras tertinggi sejak tahun 2008 dari segi jangkaan harga kepada pendapatan.
Dow Jones Industrial Average susut 36.3 mata atau 0.17 peratus kepada 21,235.67, S&P 500 jatuh 2.38 mata atau 0.10 peratus kepada 2,429.39 dan Nasdaq Composite susut 32.45 mata atau 0.52 peratus kepada 6,175.47. - Reuters
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Saham Teknologi Penyebab Kejatuhan Wall Street
Sekianlah artikel Saham Teknologi Penyebab Kejatuhan Wall Street kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saham Teknologi Penyebab Kejatuhan Wall Street dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/saham-teknologi-penyebab-kejatuhan-wall.html