link : Saingan Hamilton, Vettel Sukar Diramal
Saingan Hamilton, Vettel Sukar Diramal
MONTREAL: Persaingan antara Lewis Hamilton dan Sebastian Vettel untuk kejuaraan Formula Satu (F1) musim ini antara yang paling menarik dan paling sukar diramalkan.
Kali terakhir saingan sengit begini berlaku ialah 30 tahun lalu, yang mana wira zaman kanak-kanak Hamilton, Ayrton Senna ditentang hebat rakan sepasukan McLaren, Alain Prost.
Perebutan kejuaraan antara Hamilton dan Vettel menjadikan prestasi perlumbaan semakin memuncak sehingga pemerhati veteran di paddock tidak dapat mempercayai apa yang berlaku di Grand Prix (GP) Kanada, Ahad lalu.
Kedua-dua pemandu itu kini hanya dibezakan dengan 12 mata dengan pemandu Ferrari, Vettel masih mendahului pesaing British itu yang menang di Litar Gilles Villeneuve, Kanada.
Bos Mercedes, Toto Wolff, mengakui dia cukup gembira melihat bagaimana Hamilton mencetus inspirasi untuk kemenangan satu dua (1-2) pasukannya, yang pertama tahun ini, sekali gus memadamkan episod duka di GP Monaco bulan lalu.
Kemenangan Hamilton, yang menyusul selepas dia menyamai jumlah 65 petak utama diraih Senna, meletakkan Mercedes kembali sebagai pendahulu kejuaraan pengeluar, lapan mata di depan Ferrari.
"Kami akhirnya meraih kemenangan 1-2 dan dilakukan di atas litar yang kami jangka bakal memberikan kesukaran buat kami.
"Lewis mempamerkan pemanduan cemerlang hujung minggu ini. Pusingan terpantas kelayakan yang cukup menggerunkan apabila anda melihat dari sudut pemandu dan mendominasi hari perlumbaan.
"Valterri bergelut dalam sesi kelayakan, tetapi dia mendapat semula rentak ketika perlumbaan untuk melengkapkan hari yang sempurna," kata Wolff. - AFP
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Saingan Hamilton, Vettel Sukar Diramal
Sekianlah artikel Saingan Hamilton, Vettel Sukar Diramal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saingan Hamilton, Vettel Sukar Diramal dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/saingan-hamilton-vettel-sukar-diramal.html