BELUM pun reda isu pembantu rumah pengasas kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri mencuri raturan ribu dan melarikan diri, kini kejadian yang sama berlaku pula sahabatnya iaitu Nur Sajat.
Perkara itu dimaklumkan sendiri Nur Sajat menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik gambar dua pembantu rumah.
Menurut Nur Sajat, pembantu rumah terbabit telah melarikan barang berharganya ketika mengikut ibunya pulang ke kampung mereka di Semenyih, Selangor, semalam.
Kecewa dengan perkara itu, Nur Sajat turut menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang berjaya menangkap pembantu-pembantunya ini.
“Amaran… minta tolong sangat sangat..orang gaji saya tadi lari kan diri tengah hari tadi.. semalam mak saya bawa mereka balik Kampung Semenyih untuk mengambil persiapan barangan untuk raya nanti,dalam tengahari tadi.
“Mereka ada melarikan barangan berharga saya dan saya sangat terkilan… kepada mereka yang dapatkan mereka ini semua… saya akan bagi ganjaran sebanyak RM5000 setiap sorang …kepada mereka yang menjumpai orang gaji saya ini… saya rasa mereka pun tak jauh lari dari area semenyih(kawasan rumah mak saya)
“Jika anda dapat maklumat tentang ini,anda boleh call PA saya sekarang… QALAF – +60 12 742 7421.. Sherina -010 369 7117… Puan wati – +60 11 1193 8834. Kerjasama anda sangat di hargai,”tulis kapsyennya.
Sementara itu, Sajat turut mendedahkan perbuatan keji pembantu rumahnya yang memberi anak-anak angkatnya makan panadol yang diletak di dalam susu agar mereka tidur lama.
Besar sungguh dugaan Sajat ketika nak menyambut lebaran ini. Moga dia tabah dan pembantu-pembantu rumah ini dapat segera ditangkap. – MYNEWSHUB.CC
Sekianlah artikel Sajat Tawar RM10,000 Tangkap ‘Maid’ Pencuri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sajat Tawar RM10,000 Tangkap ‘Maid’ Pencuri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/sajat-tawar-rm10000-tangkap-maid-pencuri.html