Saksi sangka juruterbang sedang jalani sesi latihan

Saksi sangka juruterbang sedang jalani sesi latihan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saksi sangka juruterbang sedang jalani sesi latihan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saksi sangka juruterbang sedang jalani sesi latihan
link : Saksi sangka juruterbang sedang jalani sesi latihan

Baca juga


Saksi sangka juruterbang sedang jalani sesi latihan

“Seorang daripada juruterbang sempat menunjukkan tanda pangkah dengan tangannya ke arah saya, ingatkan mereka dalam sesi latihan,” kata seorang saksi  yang sempat melihat kelibat dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut selepas pesawat pejuang Hawk 108 dipercayai terhempas.

Siti Zamilah Mohd Hussin, 27, berkata, ketika itu beliau sedang menyapu sampah di halaman rumahnya di atas bukit di kampung Pondok Pasir,di sini kira-kira 12.30 tengah hari  sebelum terlihat dua lelaki sedang menggunakan payung terjun.

“Seorang daripada mereka saya tengok menarik-narik tali payung terjun dan memberi isyarat tangan pangkah dekat saya. Saya membalas dengan melambai-lambai tangan ke arah dua lelaki berkenaan kerana menyangka dua lelaki tersebut sedang mengadakan latihan payung terjun,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini lewat petang ini.
Katanya, kedua-dua juruterbang terbabit kemudiannya dilihat jatuh ke arah kawasan belakang rumahnya dan terdengar bunyi dentuman yang kuat.

Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, ditemui pada 2.30 petang tadi setelah dilaporkan hilang daripada radar selepas berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada 11 pagi tadi.

Jasad kedua-dua mangsa  ditemukan di sebuah kawasan hutan paya bakau di Kampung Pondok Pasir, bersebelahan Kampung Yak Yah, Ibok, di sini.

Seorang lagi saksi, Ali Mohamad Mohd Hussin, 37, yang turut berada di kawasan berdekatan berkata beliau terdengar dua bunyi dentuman ekzos pesawat ketika sedang duduk di atas buai di hadapan rumahnya di kampung Pondok Pasir, di sini.

“Dua kali saya dengar bunyi dentuman kuat, lepas tu senyap. Saya intai-intai tapi tak ada apa-apa. Lepas tu beberapa jam kemudian saya lihat helikopter berlegar-legar di ruang udara sekitar rumah saya,” katanya.

Hafizuddin Yunus, 32, pula berkata, beliau juga sempat melihat pesawat itu terbang rendah sebelum ia dilihat mengeluarkan asap tebal.

Katanya, ketika itu beliau sedang menunggang motosikal berdekatan Taman Rekreasi dan Mini Zoo di Bukit Takal dan dapat melihat pesawat itu berada dalam ketinggian kira-kira  1,000 kaki serta mendengar deruman enjin yang sangat kuat  sebelum dilihat meluncur ke arah sekitar Hutan Simpan Tasik Buku dan Seri Bandi, di sini.

“Saya lihat pesawat itu makin rendah macam nak jatuh selepas itu kelibat pesawat makin menghilang dan keluar asap yang banyak,” katanya.

The post Saksi sangka juruterbang sedang jalani sesi latihan appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Saksi sangka juruterbang sedang jalani sesi latihan

Sekianlah artikel Saksi sangka juruterbang sedang jalani sesi latihan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saksi sangka juruterbang sedang jalani sesi latihan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/saksi-sangka-juruterbang-sedang-jalani.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :