link : Salah tetap salah
Salah tetap salah
PEMANDU van Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Tualang, Kuala Krai yang menyebabkan tujuh maut dalam kemalangan di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai, kelmarin, bukan pemandu tetap.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, pemandu tetap yang mempunyai lesen turut berada di dalam van berkenaan.
Katanya, menjadi kesalahan apabila pemandu tidak mempunyai lesen walaupun mahu bantu rakan.
"Lelaki berusia 24 tahun itu masih dirawat di Hospital Machang dan tindakan akan diputuskan selepas siasatan lengkap.
"Kemalangan disebabkan kenderaan dipandu laju kerana cuba memotong kenderaan lain. Kita sedang melengkapkan siasatan kes dan sudah mengambil keterangan beberapa saksi.
"Cuaca ketika kejadian juga sangat baik," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, hari ini.
Harian Metro melaporkan, tujuh pelajar Tahfiz Al-Hashimi, Tualang meninggal dunia apabila van dinaiki mereka terbabas merempuh sebuah rumah di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai jam 9.30 pagi Jumaat lalu.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Salah tetap salah
Anda sekarang membaca artikel Salah tetap salah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/salah-tetap-salah.html