Salahkan guru isu buli, Menteri Pendidikan tegur segelintir masyarakat

Salahkan guru isu buli, Menteri Pendidikan tegur segelintir masyarakat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Salahkan guru isu buli, Menteri Pendidikan tegur segelintir masyarakat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Salahkan guru isu buli, Menteri Pendidikan tegur segelintir masyarakat
link : Salahkan guru isu buli, Menteri Pendidikan tegur segelintir masyarakat

Baca juga


Salahkan guru isu buli, Menteri Pendidikan tegur segelintir masyarakat

Foto via Free Malaysia Today
Setelah berlaku isu buli yang hangat sepanjang minggu ini, rata-rata masyarakat terutama NGO, aktivitis malah terdapat juga pemimpin mula menuding jari kepada tanggungjawab guru.

Mereka beranggapan guru tidak memainkan peranan mereka yang sepatutnya hingga menyebabkan kematian mangsa-mangsa buli tersebut.

Tekanan demi tekanan dilemparkan ke atas guru hinggalah menterinya sendiri mengeluarkan satu kenyataan yang menegur segelintir umat yang tidak henti-henti menuding jari.

Dato Seri Mahdzir Khalid melalui laman FB beliau berkata, bukan masanya untuk saling menuding jari mencari salah siapa TERUTAMANYA para guru di sekolah. Tetapi inilah masanya kita bersama-sama mencari dan melaksana kaedah pencegahan.

Masyarakat perlu menyalurkan maklumat yang proaktif bagi mengekang kejadian buli daripada berlaku atau melaporkan perbuatan buli melalui saluran yang telah disediakan.

Mendidik masyarakat tentang buli pula bukan hanya tanggungjawab pihak kerajaan, malah ibu bapa, komuniti setempat, pihak media, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan, alumni dan sebagainya atas dasar kebersamaan demi melindungi setiap ahli masyarakat.

Tanggungjawab bagi melaksanakan hukuman terhadap pembuli ( peringkat sekolah ) jika didapati bersalah, kita laksanakan mengikut panduan dan peraturan sedia ada.

Manakala bagi perbuatan yg melibatkan unsur jenayah, serahkan kepada penyiasatan dan tindakan lanjut pihak berkuasa. Jangan pula kita membuat penghakiman dan melaksanakan hukuman mengikut perasaan kita sendiri.

Demikian juga dengan buli bersifat mental dan buli menggunakan aplikasi media sosial. Pihak PDRM pernah menasihatkan orang ramai agar tidak meyalahguna mana-mana aplikasi aplikasi untuk mengeluarkan kenyataan palsu, menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain.

Sila rujuk akta berkaitan seperti Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semoga kita semua mempunyai satu kesedaran bersama bahawa isu buli ini adalah bersifat universal dan berkaitrapat dengan masa hadapan negara melalui pendidikan kepada generasi masa kini.




malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Salahkan guru isu buli, Menteri Pendidikan tegur segelintir masyarakat

Sekianlah artikel Salahkan guru isu buli, Menteri Pendidikan tegur segelintir masyarakat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Salahkan guru isu buli, Menteri Pendidikan tegur segelintir masyarakat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/salahkan-guru-isu-buli-menteri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :