link : Sarawak Baiki Sekolah Daif Guna 'Duit' Sendiri
Sarawak Baiki Sekolah Daif Guna 'Duit' Sendiri
Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak akan mengunakan dana kerajaan negeri tanpa menunggu peruntukkan kerajaan persekutuan bagi membaik pulih sekolah daif di negeri ini.
Memetik laporan The Borneo Post, menurut Abang Johari, beliau telah berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan isu sekolah daif di negeri ini yang amat memerlukan penambahbaikan dan pembinaan semula.
"Perdana Menteri turut bersetuju dengan cadangan bagi negeri mengunakan peruntukkan sendiri untuk mengatasi masalah sekolah-sekolah daif.
"Kami telah mengenal pasti 100 buah sekolah yang amat memerlukan pemulihan atau penggantian," katanya.
Menurut laporan dari Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, terdapat 1,454 sekolah dalam keadaan daif di negeri ini, dengan 1,020 dianggap usang dan 434 memerlukan pembaikan segera.
Dalam pada itu, Abang Johari turut menegaskan penubuhan Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi adalah untuk menstabilkan dasar pendidikan di negeri ini.
"Ia bukan kerana kita mahu mengambil alih hak-hak pendidikan daripada kerajaan persekutuan, tetapi untuk membantu usaha kerajaan persekutuan di negeri ini," katanya. - Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Sarawak Baiki Sekolah Daif Guna 'Duit' Sendiri
Sekianlah artikel Sarawak Baiki Sekolah Daif Guna 'Duit' Sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sarawak Baiki Sekolah Daif Guna 'Duit' Sendiri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/sarawak-baiki-sekolah-daif-guna-duit.html