link : Sarawak tarik diri dari Lembaga Pelancongan Malaysia kuat kuasa sertamerta
Sarawak tarik diri dari Lembaga Pelancongan Malaysia kuat kuasa sertamerta
KUCHING, SARAWAK – Kerajaan Negeri Sarawak hari ini mengeluarkan kenyataan media dari Pejabat Ketua Menteri Sarawak yang telah membuat keputusan untuk menarik diri penyertaan wakilnya dari terlibat dalam Lembaga Pelancongan Malaysia, berkuatkuasa serta merta.
Menurut kenyataan media yang baru dikeluarkan hari ini, kerajaan negeri merasakan penglibatan dalam Tourism Malaysia adalah tidak perlu kerana ia menyamai peranan dan fungsi Lembaga Promosi Pelancongan Sarawak.
Foto – Wan Khalik WM Al-Edrus |
Gambar kenyataan media dari Pejabat Ketua Menteri Sarawak itu mula tersebar di media sosial dan menerima reaksi positif netizen khusus dari rakyat Sarawak.
Terdahulu, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz melabelkan Menteri Pelancongan, Kesenian, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim sebagai ‘Menteri Setahun Jagung’ kerana mengatakan Sarawak perlu dikecualikan dari cukai pelancongan.
Laporan berkaitan:
‘Awak baru setahun jagung, jangan cakap banyaklah’ – Kata Nazri kepada Menteri Sarawak
Menteri setahun jagung, ini satu penghinaan – Fadillah Yusof
Sumber: pixelperfext
Demikianlah Artikel Sarawak tarik diri dari Lembaga Pelancongan Malaysia kuat kuasa sertamerta
Anda sekarang membaca artikel Sarawak tarik diri dari Lembaga Pelancongan Malaysia kuat kuasa sertamerta dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/sarawak-tarik-diri-dari-lembaga_12.html