Sarawak Tubuh Syarikat Minyak Sendiri

Sarawak Tubuh Syarikat Minyak Sendiri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sarawak Tubuh Syarikat Minyak Sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sarawak Tubuh Syarikat Minyak Sendiri
link : Sarawak Tubuh Syarikat Minyak Sendiri

Baca juga


Sarawak Tubuh Syarikat Minyak Sendiri



KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri Sarawak merancang untuk menubuhkan syarikat minyaknya sendiri untuk mengambil bahagian dalam kegiatan penerokaan minyak dan gas di perairan Sarawak.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, beliau telah membincangkan perkara itu dengan Petronas dan mendapat respon yang positif, khasnya untuk kegiatan huluan minyak dan gas, selain daripada hiliran.

"Saya telah berbincang dengan Petronas, kita mengambil pendekatan baharu, Sarawak akan ambil bahagian dalam kegiatan huluan minyak dan gas, selain daripada hiliran, huluan ini adalah pertama kali di mana kita akan tubuh syarikat kerajaan negeri untuk bersama-sama Petronas di dalam meneroka dan mengambil gas dan minyak di laut dekat Sarawak.

"Kita tubuh dulu syarikat kita, di mana kita akan bersama-bersama Petronas untuk menjalankan Kontraktor Pengaturan Petroleum dengan kontraktor yang akan mengambil minyak," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama anak-anak Sarawak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

Beliau berkata, syarikat 100 peratus milik kerajaan negeri itu akan mempunyai entitinya sendiri dan akan berpangkalan di Sarawak.

Menurutnya, sebelum ini syarikat minyak dan gas dari Sarawak hanya terbabit dalam kegiatan hiliran yang melibatkan industri minyak dan gas di Bintulu dengan anggaran pelaburan US$2 bilion. - Bernama
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sarawak Tubuh Syarikat Minyak Sendiri

Sekianlah artikel Sarawak Tubuh Syarikat Minyak Sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sarawak Tubuh Syarikat Minyak Sendiri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/sarawak-tubuh-syarikat-minyak-sendiri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :