link : “Saya Ingin MATI Ketika Sedang Berceramah Atau Ketika Menyampaikan Kuliah”. Luahan Hati Ustaz Ini Buat Netizen Rasa SAYU !!!
“Saya Ingin MATI Ketika Sedang Berceramah Atau Ketika Menyampaikan Kuliah”. Luahan Hati Ustaz Ini Buat Netizen Rasa SAYU !!!
“Saya Ingin MATI Ketika Sedang Berceramah Atau Ketika Menyampaikan Kuliah”. Luahan Hati Ustaz Ini Buat Netizen Rasa SAYU !!! | BATU CAVES – Walaupun disahkan menghidap kanser limfoma sejak Januari lalu, penceramah Mohamed Hanafiah Abdul Malek berazam meneruskan misi untuk berdakwah.Malah, Mohamed Hanafiah turut digelar ‘Ustaz 7-Eleven’ kerana sentiasa meluangkan masa untuk menghadiri sesi perbincangan berkaitan agama.
“Saya ingin mati ketika sedang berceramah atau ketika menyampaikan kuliah,” katanya seperti dipetik The Star
Mohamed Hanafiah, 43, juga merupakan seorang penceramah program Tanyalah Ustaz di TV9.
Beliau disahkan menghidap kanser tahap empat dan telah menjalani pembedahan pada 1 Februari lalu untuk membuang sel-sel kanser yang beratnya mencecah satu kilogram.
Menurut Mohamed Hanafiah, beliau terpaksa menjual motosikal kesayangannya, Kawasaki GTR1400 untuk membiayai kos rawatan dan kemoterapi sebanyak tiga kali.
“Kemoterapi memberi kesan yang kuat, badan saya terasa sangat lemah tetapi saya buat semua ini demi ALLAH, mungkin dapat menjadi contoh yang baik untuk ustaz-ustaz lain.
“Walaupun kesihatan kurang baik, jangan berhenti menyampaikan ilmu,” katanya.
Mohamed Hanafiah berkata, beliau memilih untuk menyibukkan diri dengan kerja daripada melayan perasaan.
“Ketika mendapat berita buruk, saya tetap menceritakan perkara yang baik kerana itu adalah tugas seorang penceramah dan pengacara motivasi, saya perlu menunjukkan contoh yang baik,” tambahnya.
Beliau turut mengingatkan umat Islam supaya memberi penekanan terhadap ibadah puasa, selain menyumbang derma di bulan Ramadan ini.
Malah, beliau juga menggalakkan umat Islam untuk menganjurkan majlis berbuka puasa demi memupuk keharmonian sesama rakyat Malaysia yang beragama lain.
“Saya mencadangkan masjid-masjid mengajak dan menyediakan meja VIP untuk masyarakat bukan Islam dan berbuka puasa bersama-sama.
“Melalui kerjasama, perasaan sayang itu akan muncul,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel “Saya Ingin MATI Ketika Sedang Berceramah Atau Ketika Menyampaikan Kuliah”. Luahan Hati Ustaz Ini Buat Netizen Rasa SAYU !!!
Anda sekarang membaca artikel “Saya Ingin MATI Ketika Sedang Berceramah Atau Ketika Menyampaikan Kuliah”. Luahan Hati Ustaz Ini Buat Netizen Rasa SAYU !!! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/saya-ingin-mati-ketika-sedang.html