'Saya tahu, hidup berakhir di sini...' [METROTV]

'Saya tahu, hidup berakhir di sini...' [METROTV] - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Saya tahu, hidup berakhir di sini...' [METROTV], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Saya tahu, hidup berakhir di sini...' [METROTV]
link : 'Saya tahu, hidup berakhir di sini...' [METROTV]

Baca juga


'Saya tahu, hidup berakhir di sini...' [METROTV]

PADA usia 70 tahun, tiada apa lagi yang dimahukan melainkan menghabiskan sisa hidup dengan tenang di rumah orang tua- rumah yang memberikannya sedikit kemanisan hidup selepas berpuluh-puluh tahun hidup sengsara dan tidak keruan.

Mahu dikenali sebagai Jagot, warga emas ini hidup sebatang kara berikutan tidak berkahwin dan meninggalkan keluarga sejak usianya 11 tahun.

Hari-hari mendatang kini dilaluinya di Rumah Seri Kenangan, Cheras sejak setahun lalu.

Menurut Jagot, dia berasal dari Perak dan hidupnya mula 'goyah' sejak berusia tiga tahun lagi apabila kehilangan ibu tercinta.

"Saya anak tunggal dan selepas ibu meninggal dunia, bapa saya berkahwin baru. Ibu tiri melayan saya dengan teruk kerana tidak sukakan saya.

"Ketika usia 11 tahun saya melarikan diri dan tinggal bersama saudara," katanya.

Menurutnya, selepas tamat sekolah dia ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.

"Ada rakan beritahu di Kuala Lumpur senang dapat kerja, saya pun sehelai sepinggang datang ke Kuala Lumpur dan nasib saya baik mendapat pekerjaan sebagai pemandu lori.

"Saya bekerja sebagai pemandu hampir setahun di Jalan Raja Laut namun kerana terpengaruh saya mula terjebak dengan dadah," katanya.

Menurut Jagot, dia mula menghisap dan ketagih ganja hingga mengheretnya ke penjara sebanyak tiga kali.

"Saya ditangkap dan dipenjarakan di Penjara Pudu. Bagaimanapun, selepas dibebaskan saya tidak serik, sebaliknya jadi pengedar heroin pula.

"Ketika itu, saya upah seorang wanita untuk menjual dadah itu dan pelanggan hanya perlu menelefon saya untuk membelinya.

"Saya jadikan wanita itu sebagai keldai dadah, " katanya yang kesal dengan perbuatannya itu.

Katanya, perbuatan kejinya itu dapat dihidu oleh pihak berkuasa dan untuk kali keempat dia ditahan sebelum dimasukkan ke Penjara Simpang Renggam, Johor.

"Ketika di penjara Simpang Renggam, saya insaf. Tambahan pula ketika itu usia dah 60-an, saya mula belajar agama.

"Susah hidup di penjara," katanya yang serik 'dihumban' ke penjara.

Menurutnya, selepas dibebaskan, dia mula mencari hidup baru.

"Sekali dah terpengaruh dengan dadah, susah nak berhenti. Akhirnya, rakan menasihati saya untuk memohon masuk ke rumah orang tua memandangkan usia saya ketika itu sudah mencecah 66 tahun.

"Saya membuat permohonan untuk masuk ke rumah orang tua namun gagal," katanya.

Jagot berkata, dia nekad berpura-pura menjadi pengemis di Jalan Raja Laut selama seminggu sebelum dibawa oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke rumah orang tua di Perak.

"Pada mulanya, saya rasa sedih kerana tiada ahli keluarga dan tidak pula pernah merasa kasih sayang anak kerana tidak pernah berkahwin.

"Bagaimanapun, di rumah orang tua masih ramai lagi nasib seperti saya. Tiada anak tidak apa, saya ternak ayam saja untuk dijadikan hobi selain mula mendalami agama," katanya.

Menurutnya, selepas tiga tahun ditempatkan di rumah orang tua di Perak, dia dihantar ke Rumah Seri Kenangan, Cheras pada tahun lalu.

"Sama saja rumah orang tua, di sini saya juga ternak 20 ekor ayam. Lebih elok saya isi masa lapang lakukan aktiviti yang boleh membawa manfaat kepada orang lain.

"Ini saja peluang saya berbuat baik kerana saya tahu, hidup saya akan berakhir di sini," katanya.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 'Saya tahu, hidup berakhir di sini...' [METROTV]

Sekianlah artikel 'Saya tahu, hidup berakhir di sini...' [METROTV] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Saya tahu, hidup berakhir di sini...' [METROTV] dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/saya-tahu-hidup-berakhir-di-sini-metrotv.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :