“Saya Terbayang, Masa Arwah Diseksa Tu Dia Panggil Nama Saya” – Ibu Allahyarham Zulfarhan

“Saya Terbayang, Masa Arwah Diseksa Tu Dia Panggil Nama Saya” – Ibu Allahyarham Zulfarhan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Saya Terbayang, Masa Arwah Diseksa Tu Dia Panggil Nama Saya” – Ibu Allahyarham Zulfarhan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Saya Terbayang, Masa Arwah Diseksa Tu Dia Panggil Nama Saya” – Ibu Allahyarham Zulfarhan
link : “Saya Terbayang, Masa Arwah Diseksa Tu Dia Panggil Nama Saya” – Ibu Allahyarham Zulfarhan

Baca juga


“Saya Terbayang, Masa Arwah Diseksa Tu Dia Panggil Nama Saya” – Ibu Allahyarham Zulfarhan

Nona dalam temubualnya bersama ibu arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain bertanya khabar wanita berkenaan setelah pemergian anaknya menjadi isu hangat yang diperkatakan di Malaysia.

Apabila ditanya mengenai Ramadhan tahun ini, Hawa mengakui dirinya merasa sayu apabila melihat makanan kegemaran dan perbuatan arwah sehingga mengundang rasa rindu kepada arwah. Menurut Hawa, dirinya tidak boleh melihat kuih seri muka dan bahulu kerana makanan tersebut merupakan kegemaran arwah.

Sumber Nona

Hawa juga memberitahu bahawa arwah sering mengisi beras ke dalam daun ketupat pada malam raya. Arwah juga sering membantunya membersihkan rumah dan memasak ketupat. Raya kali ini pastinya sunyi tanpa gelagat anak sulung itu.

Ketika ditanya mengenai punca kekuatannya menghadapi takdir bahawa anaknya sudah meninggal dunia, Hawa memberitahu bahawa keluarga dan sahabat yang banyak membantu dirinya. Tetapi Hawa akui hanya zahirnya sahaja yang kuat, hatinya kadang kala tidak mampu menerima kematian anaknya itu.

Sumber Nona

Saya tahu semua orang pasti akan mati. Tapi saya tak boleh terima cara dia meninggal tu dengan penderitaan yang ditanggung. Kalau tengok jenazah dia, memang hati ni dah hancur luluh tapi saya kuatkan semangat. Saya fikir kalau tak kuat semangat, katalah saya pengsan ke apa, orang lain akan menguruskan saya pula. Jadi saya reda dengan kematian dia tapi cara… cara kematian dia tu..

Bila saya baca laporan yang dia kena dera tu, maknanya orang mengikat dia dan menutup mulut dia supaya jangan menjerit. Saya tak boleh bayangkan, masa arwah kena tu mungkin dia memanggil nama saya. Sebab saya di sini tak boleh tidur malam, saya keluar masuk bilik banyak kali. Allah, saya tak boleh tidur langsung waktu dan ketika itu.-Hawa Osman

Selain meluahkan perasaan sayunya, Hawa juga meluahkan satu hajatnya yang tidak kesampaian untuk melihat anak sulungya mengengam segulung ijazah seperti anak saudaranya yang lain. Di akhir temu bual Hawa menasihatkan mana-mana ibu bapa supaya sentiasa peka dengan keadaan anak masing-masing. Apatah lagi jika anak memaklumkan bahawa dirinya dibuli oleh rakan yang lain.

Kini Hawa tidak mampu mengosok pakaian kerana trauma dengan objek penderaan yang digunakan terhadap anaknya.

‘Buat masa sekarang anak-anak sayalah yang gosok baju. Saya belum mampu membuat semua itu,” katanya mengakhiri soalan daripada pihak Nona.

Berikut kami kongsikan video sesi perbualan berkenaan:

Sumber Nona / kisahdunia

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel “Saya Terbayang, Masa Arwah Diseksa Tu Dia Panggil Nama Saya” – Ibu Allahyarham Zulfarhan

Sekianlah artikel “Saya Terbayang, Masa Arwah Diseksa Tu Dia Panggil Nama Saya” – Ibu Allahyarham Zulfarhan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Saya Terbayang, Masa Arwah Diseksa Tu Dia Panggil Nama Saya” – Ibu Allahyarham Zulfarhan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/saya-terbayang-masa-arwah-diseksa-tu_23.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :