Sayur & Buah Ini Buatkan Kentut Anda Lebih Berbau

Sayur & Buah Ini Buatkan Kentut Anda Lebih Berbau - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sayur & Buah Ini Buatkan Kentut Anda Lebih Berbau, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sayur & Buah Ini Buatkan Kentut Anda Lebih Berbau
link : Sayur & Buah Ini Buatkan Kentut Anda Lebih Berbau

Baca juga


Sayur & Buah Ini Buatkan Kentut Anda Lebih Berbau

RAMAI dalam kalangan kita yang berusaha untuk mengamalkan pemakanan seimbang demi menjaga kesihatan, iaitu dengan memakan sayur-sayuran serta buah-buahan.

Ini kerana buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan khasiat yang diperlukan setiap sel tubuh untuk berfungsi dengan dengan baik.

Namun, buah-buahan dan sayur-sayuran juga mengandungi beberapa khasiat termasuk oligosakarida, serat larut dan gula alami, seperti fruktosa, yang dapat menyebabkan gas berlebihan di dalam usus.

Jadi, kalau anda takut usus anda akan menggelodak dengan gas yang dikenali sebagai ‘kentut’ lebih-lebih lagi ketika berada di tempat awam, anda mungkin perlu beri perhatian kepada makanan-makanan ini.

Kami senaraikan kembali seperti yang dipetik dari laman medicadaily.com:

1. LOBAK MERAH

Lobak merah adalah sayur yang mengandungi banyak vitamin dan mineral.

Secawan lobak merah mentah mengandungi sekitar 12 gram karbohidrat dan empat gram serat.

Oleh kerana lobak merah tinggi dengan kandungan serat, maka pemakanan lobak merah dalam jumlah yang banyak akan menyebabkan gas akibat reaksi bakteria dalam usus untuk mencerna serat tersebut.

2. SAYURAN ‘CRUCIFEROUS’

Contoh sayur-sayuran cruciferous seperti kale, kubis bunga atau brokoli mengandungi vitamin C dan serat yang sangat baik.

Ia juga mengandungi gula kompleks seperti rafinose yang menyukarkan pencernaan bagi mereka yang memiliki perut sensitif.

Akibatnya pemakanan berlebihan sayur-sayuran cruciferous tidak hanya menyebabkan perut kembung namun ia juga menghasilkan kentut yang berbau busuk.

3. EPAL

Epal adalah buah yang tinggi dengan kandungan zat antioksidan.

Epal juga sarat dengan fruktosa atau gula buah yang apabila tidak dicerna dengan baik, akan menghasilkan gas metana dan hidrogen yang membuat perut kembung, kejang, cirit-birit, mulut berbau dan kentut dengan aroma yang tidak enak.

4. BERI HITAM

Beri hitam kaya akan zat antioksidan dan poliol, zat yang mirip dengan gula buah.

Poliol memakan masa yang lama untuk dicerna dan diserap usus halus.

Poliol yang yang sukar dicerna akan menarik air ke dalam usus besar dan usus kecil yang kemudian disimpan oleh bakteria usus dan menyebabkan penghasilan gas berlebihan.

5. MANGGA

Mangga mengandungi lebih banyak fruktosa daripada glukosa.

Fruktosa lebih sulit untuk diserap tubuh dan menyebabkan ketidakseimbangan dan membuatkan perut kembung dan mengeluarkan kentut yang berbau.

Meskipun sihat, sayur-sayuran dan buah-buahan tetap perlu dimakan secara seimbang agar tidak membahayakan kesihatan pencernaan dan menghasilkan kentut yang bau. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sayur & Buah Ini Buatkan Kentut Anda Lebih Berbau

Sekianlah artikel Sayur & Buah Ini Buatkan Kentut Anda Lebih Berbau kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sayur & Buah Ini Buatkan Kentut Anda Lebih Berbau dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/sayur-buah-ini-buatkan-kentut-anda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :