Sebaik Saja Penumpang Wanita Itu Memasuki Teksinya…

Sebaik Saja Penumpang Wanita Itu Memasuki Teksinya… - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sebaik Saja Penumpang Wanita Itu Memasuki Teksinya…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sebaik Saja Penumpang Wanita Itu Memasuki Teksinya…
link : Sebaik Saja Penumpang Wanita Itu Memasuki Teksinya…

Baca juga


Sebaik Saja Penumpang Wanita Itu Memasuki Teksinya…

GEORGE TOWN – Sebaik saja seorang penumpang wanita memasuki teksinya, pemandu terus membuka zip seluar dan mengeluarkan kemaluannya.

Dengan pantas pemandu menarik tangan wanita itu supaya memegang kemaluannya.

Mangsa yang terkejut dengan kelakuan pemandu, terus menjerit meminta tolong, lantas keluar dari kenderaan, dikatakan sebuah teksi Uber.

Detik-detik cemas ini diceritakan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar.

Katanya, polis menahan seorang pemandu Uber selepas disyaki mencabul wanita berkenaan, seorang warga Vietnam yang menaiki kenderaannya dalam kejadian di Paya Terubong di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada kira-kira 3.50 petang ketika wanita berusia lingkungan 20-an itu menaiki teksi itu untuk perjalanan dari Lintang Paya Terubong ke Jalan Agril di sini.

Katanya wanita itu berjaya keluar dari teksi suspek sebelum kenderaan itu bergerak.

Wanita itu segera memaklumkan kejadian berkenaan kepada suaminya yang berada di kawasan sekitar.

Sang suami bersama 10 lelaki berjaya mengesan teksi berkenaan yang masih menunggu pelanggan.

Kumpulan itu bertindak memukul pemandu Uber berkenaan di Lintang Paya Terubong 1 serta merosakkan kenderaannya.

Anuar berkata pemandu Uber itu cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki kiri serta dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan mereka yang memukul pemandu Uber itu,” katanya.

Kes itu disiasat menurut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Katanya, kejadian itu turut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian dan videonya menjadi tular. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sebaik Saja Penumpang Wanita Itu Memasuki Teksinya…

Sekianlah artikel Sebaik Saja Penumpang Wanita Itu Memasuki Teksinya… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sebaik Saja Penumpang Wanita Itu Memasuki Teksinya… dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/sebaik-saja-penumpang-wanita-itu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :