link : 'Sedar erti bersyukur' [METROTV]
'Sedar erti bersyukur' [METROTV]
“BIARPUN nilainya tidak banyak namun bantuan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban ditanggung mereka.
"Ia memberi kesedaran kepada saya termasuk memahami erti bersyukur terutama ketika Ramadan ini selain dapat menyelami kehidupan mereka.”
Demikian kata Novrialdi Taslim, 27, yang mengumpul wang sebanyak RM1,500 untuk membantu golongan gelandangan di kawasan Masjid Jamek, di Kuala Lumpur, sempena Ramadan sejak 25 Mei lalu.
Menurutnya, dia mendapat idea itu selepas membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan bantuan terhadap golongan berkenaan dan beberapa individu yang mahu berbuat demikian namun tiada masa berikutan kekangan kerja dan sebagainya.
"Sebelum ini, saya ibarat orang tengah yang berfungsi untuk memberikan bantuan itu kepada golongan berkenaan. Ini adalah tahun kedua dan kali ini saya bergerak secara individu dibantu seorang rakan, Hishamudin Hashim, 27.
"Bantuan berbentuk makanan dan sedikit keperluan harian berkenaan dilakukan selepas waktu berbuka puasa iaitu pada 9 malam hingga 1 pagi atau 3 pagi hingga 5 pagi sepanjang Ramadan ini.
"Saya menggunakan wang yang dikumpul selama lebih dua bulan daripada hasil bekerja secara sampingan termasuk fotografi sebanyak RM1,500 selain turut menerima sumbangan daripada orang lain terutama untuk membeli makanan bagi meringankan beban ditanggung golongan itu terutama bagi menjalani ibadah puasa dengan lebih selesa," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
NOVRIADLI ketika membantu NGO memberikan bantuan kepada gelandangan. FOTO ihsan Novrialdi Taslim
Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia juga tinggal bersama gelandangan di Masjid Jamek selama empat hari sebelum Ramadan tiba.
"Ketika itu saya belajar untuk menyelami kehidupan sebagai gelandangan yang mana saya teruja selain mendapati mereka (gelandangan) ini sangat berusaha untuk terus hidup walau dengan apa cara sekali pun.
"Melihat keadaan itu, menimbulkan kesedaran terhadap diri saya untuk mensyukuri segala apa yang kita ada dan bukan mudah untuk menjalani kehidupan seperti mereka," katanya.
Sehubungan itu, katanya, dia turut mengajak pengguna media sosial terutama Instagram untuk sama-sama menyertainya membantu gelandangan menerusi #ProjekIftar di sekitar Masjid Jamek dan sekitar Hentian Pudu Raya pada Sabtu ini.
"Setakat ini saya sudah menerima 70 penyertaan daripada media sosial dan apa yang diharapkan semoga ianya akan berjalan dengan lancar.
"Saya menjangkakan untuk memberi bantuan seumpama ini sehingga Aidilfitri nanti," katanya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel 'Sedar erti bersyukur' [METROTV]
Anda sekarang membaca artikel 'Sedar erti bersyukur' [METROTV] dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/sedar-erti-bersyukur-metrotv.html