link : “Sejak AS Ceroboh, Tak Dapat Rasa Gembira Sambut Ramadan”
“Sejak AS Ceroboh, Tak Dapat Rasa Gembira Sambut Ramadan”
loading…
loading…
“Sejak AS Ceroboh, Tak Dapat Rasa Gembira Sambut Ramadan”
Di saat kita sedang fikir makanan apa ingin dibeli di bazar nanti, mahu berbuka di restoran mana dan cukup atau tidak makanan yang dimasak untuk berbuka nanti, masih ada di luar sana yang hanya mampu makan ala kadar sahaja ketika berbuka.
Terlalu banyak perubahan yang dilalui oleh rakyat negara Iraq setelah negara mereka diserang Amerika Syarikat sehinggakan tiada lagi kemeriahan bulan Ramadan yang sepatutnya dirasai oleh seluruh umat Islam.
Seorang rakyat Iraq yang dikenali sebagai Mohamed, ingin menceritakan suasana bulan mulia itu yang sangat berbeza berbanding sebelum negara mereka dicerobohi Amerika Syarikat.
Sumber dari maryamsculinarywonders.blogspot.my
Kebiasaannya keluarga Mohamed akan berkumpul dan berbuka bersama-sama di rumah untuk menikmati juadah berbuka yang istimewa seperti kubbab (roti berinti), threed (nasi istimewa) dan mahalabiya (puding).
Ketika negara itu dilanda konflik dahulu, bekalan elektrik di kawasan perumahan mereka sering terputus hingga menyebabkan mereka tidak sempat menyediakan juadah tradisional.
Malah, ada di antara mereka tidak dapat membeli juadah untuk tetamu kerana kebanyakan ahli keluarga yang bekerja ditahan di penjara atau telah terkorban.
“Selepas pencerobohan AS, kami tidak lagi dapat merasai kegembiraan sambutan Ramadan, namun keluarga masih berkumpul untuk iftar bersama,” kata Mohamed. Mereka hanya mampu menggoreng tomato dan terung untuk juadah berbuka kerana tidak mampu membeli dan memasak makanan yang mahal.
Sumber dari iraqifamilycookbook.blogspot.my
Sebelum Syawal tiba, selalunya para wanita akan berkumpul untuk memasak makanan tradisional seperti klecha atau kaak (manisan daripada bijan dan berinti kurma).
Menurutnya lagi, kanak-kanak merupakan golongan paling seronok dan teruja kerana ingin mencari duit raya dan pergi ke karnival untuk bergembira ketika raya.
“Ketika zaman kanak-kanak, kami akan mengosongkan botol jem untuk diisi lilin yang kemudiannya akan dibawa seperti tanglung. Kami juga akan pergi dari rumah ke rumah untuk meminta gula-gula,” katanya.
“Semua kanak-kanak akan pergi ke karnival untuk bermain dan bergembira. Kami juga mendapat eidiyahs (duit raya),” ujarnya lagi yang terpaksa meninggalkan Iraq selepas pencerobohan AS pada 2003.
Walaupun kini suasana di negaranya agak suram, namun tiada seorang pun mahu meninggalkan negara itu kerana tiada penempatan tetap di luar Iraq.
The post “Sejak AS Ceroboh, Tak Dapat Rasa Gembira Sambut Ramadan” appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel “Sejak AS Ceroboh, Tak Dapat Rasa Gembira Sambut Ramadan”
Sekianlah artikel “Sejak AS Ceroboh, Tak Dapat Rasa Gembira Sambut Ramadan” kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel “Sejak AS Ceroboh, Tak Dapat Rasa Gembira Sambut Ramadan” dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/sejak-as-ceroboh-tak-dapat-rasa-gembira.html