link : Semarakkan semangat perpaduan - MB Terengganu
Semarakkan semangat perpaduan - MB Terengganu
"Teruskan amalan sebegini dengan minda terbuka kerana ia menepati maksud dan hasrat kerajaan melalui prinsip ke-7 (Seruan Perpaduan) dalam gagasan Transformasi Terengganu Baharu (TTB).
"Inilah keistimewaan dan keunikan hidup bermasyarakat di negara kita. Warisan ini bukan sekadar adat, malah sebahagian daripada tuntutan agama. Tunjukkan kepada mereka betapa indahnya agama Islam," katanya dalam perutusan Aidilfitri di sini hari ini.
Beliau berkata isu remeh temeh yang boleh merenggangkan hubungan tali persaudaraan sesama sendiri perlu diketepikan bagi memastikan khidmat kepada masyarakat khususnya golongan muda dapat dipertingkatkan."Bersempena Syawal yang mulia ini molek rasanya kita bina azam baharu yang boleh merancakkan lagi tawaran perkhidmatan untuk rakyat. Pamerkan contoh yang baik untuk diteladani oleh generasi "Gen T" iaitu pelapis perencana kegemilangan masa depan negara," katanya.
Dalam pada itu, menteri besar menasihatkan mereka yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Puasa esok agar sentiasa bersabar dan mengamalkan pemanduan berhemah bagi mengelak sebarang tragedi 'air mata' di Aidilfitri.
"Lambat sampai ke destinasi tidak mengapa, asalkan selamat bertemu orang tersayang. Biarlah pelukan rindu pada hari raya tahun ini diiringi linangan air mata gembira bukannya berduka," katanya
-- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Semarakkan semangat perpaduan - MB Terengganu
Anda sekarang membaca artikel Semarakkan semangat perpaduan - MB Terengganu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/semarakkan-semangat-perpaduan-mb.html