Seorang Maut, 2 Cedera Lori Bertembung Bas

Seorang Maut, 2 Cedera Lori Bertembung Bas - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seorang Maut, 2 Cedera Lori Bertembung Bas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seorang Maut, 2 Cedera Lori Bertembung Bas
link : Seorang Maut, 2 Cedera Lori Bertembung Bas

Baca juga


Seorang Maut, 2 Cedera Lori Bertembung Bas

ALOR SETAR – Seorang pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL) maut manakala dua lagi rakannya cedera selepas lori PROPEL yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas persiaran di KM65.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mustakim Mukhtar berkata dalam kejadian 6.24 pagi itu, lori PROPEL yang dinaiki tiga pekerja berkenaan dalam perjalanan dari Gurun menghala ke Pendang sebelum bertembung dengan bas berkenaan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, bomba dapati tiga mangsa tersepit di dalam lori berkenaan. Penumpang belakang lori meninggal di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang hadapan mengalami kecederaan.

“Semua mangsa telah dibawa keluar dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemandu dan 28 penumpang bas persiaran itu tidak cedera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang DSP Fadzil Hashim mengesahkan kejadian itu dan memberitahu butiran mangsa yang maut dan cedera masih belum diperoleh. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Seorang Maut, 2 Cedera Lori Bertembung Bas

Sekianlah artikel Seorang Maut, 2 Cedera Lori Bertembung Bas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seorang Maut, 2 Cedera Lori Bertembung Bas dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/seorang-maut-2-cedera-lori-bertembung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :