Seram… Pekan ‘Hantu’ Di Kaki Gunung Sinabung

Seram… Pekan ‘Hantu’ Di Kaki Gunung Sinabung - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seram… Pekan ‘Hantu’ Di Kaki Gunung Sinabung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seram… Pekan ‘Hantu’ Di Kaki Gunung Sinabung
link : Seram… Pekan ‘Hantu’ Di Kaki Gunung Sinabung

Baca juga


Seram… Pekan ‘Hantu’ Di Kaki Gunung Sinabung


SETELAH sekian lama menyepi, Gunung Sinabung di Indonesia kembali ‘mengaum’ pada tahun 2014 dengan muntahan lahar panas serta debu panas setelah 400 tahun terlena.

Letusan besar itu mengorbankan 16 nyawa sehingga memaksa pihak berkuasa Indonesia menetapkan kawasan sekitar gunung berapi itu sebagai zon larangan.

Sejak dari itu, banyak siri letusan-letusan kecil tercetus. Terbaru letusan yang memuntahkan debu tebal hanya berlaku selang beberapa hari lalu.


Kira-kira 10,000 penduduk di sekitar kawasan gunung itu terpaksa dipindahkan menyebabkan mereka hilang tempat tinggal.

Kini kawasan penempatan penduduk terbabit tinggal kosong dan sunyi umpama sebuah pekan hantu di kaki Gunung Sinabung.

Terletak di kepulauan Sumatera, Indonesia, kawasan tandus yang pada asalnya merupakan sebuah penempatan terletak di lokasi strategik yang memiliki kawasan pertanian yang subur.


Letusan pertama pada 2014 itu menyebabkan suasana panik dalam kalangan pihak berkuasa yang kemudiannya bertindak memindahkan keseluruhan penduduk, namun kemudiannya membenarkan mereka kembali ke kawasan itu.

Tidak lama selepas itu, tercetus pula satu letusan sehingga memaksa penduduk dipindahkan semula ke kawasan yang lebih selamat untuk mengelakkan angka kematian bertambah.


Selama tiga tahun ruang udara sekitar Gunung Sinabung diselaputi debu yang terhasil dari letusan itu. Keadaan itu membuatkan pihak berkuasa bimbang untuk membenarkan penduduk kembali ke kawasan penempatan mereka di kaki gunung itu.

Namun sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa di kawasan terlibat tidak menghalang golongan yang gemarkan aktiviti mencabar meneroka kawasan penempatan tinggal itu.

Ia kini turut menjadi antara kawasan tumpuan bagi peminat fotografi untuk merakam momen letusan gunung berapi itu berlatarbelakangkan sebuah ‘pekan hantu. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Seram… Pekan ‘Hantu’ Di Kaki Gunung Sinabung

Sekianlah artikel Seram… Pekan ‘Hantu’ Di Kaki Gunung Sinabung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seram… Pekan ‘Hantu’ Di Kaki Gunung Sinabung dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/seram-pekan-hantu-di-kaki-gunung_29.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :