Seronok dibawa membeli-belah

Seronok dibawa membeli-belah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seronok dibawa membeli-belah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seronok dibawa membeli-belah
link : Seronok dibawa membeli-belah

Baca juga


Seronok dibawa membeli-belah

DUA ratus anak yatim dari kariah Masjid Al-Irsyad, Desa Paya Mengkuang, Gelang Patah, Johor, dibawa membeli belah kelengkapan sambutan Aidilfitri sempena program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Khas Ramadan di Commercial Street Forest City dan Pasaraya Besar Giant, Tampoi, hari ini.

Program kali ini yang menyaksikan Forest City sebagai penaja utama turut meraikan 50 ibu tunggal dan 50 asnaf dari sekitar Mukim Tanjung Kupang untuk diberi bantuan.

Pengarang Eksekutif (Pengeluaran /BPI) Harian Metro merangkap Pengerusi TKHM, Othman Mamat berkata, TKHM adalah program yang dekat di hati masyarakat sejak 10 tahun lalu termasuk pada Ramadan kerana ia mengenal pasti golongan kurang bernasib baik untuk diraikan supaya mereka tidak terkecuali merasakan kenikmatan Aidilfitri.

Katanya, 300 insan kurang bernasib baik termasuk anak yatim, asnaf dan ibu tunggal di Mukim Tanjung Kupang, Gelang Patah yang terletak 34 kilometer dari pusat bandar raya Johor Bahru dipilih sebagai tetamu TKHM yang akan diadakan dua hari mulai hari ini di Masjid Al-Irsyad.

"Hari ini, rombongan 200 anak yatim berusia empat hingga 17 tahun dibawa membeli-belah di Forest City dan Pasaraya Giant bagi membeli pelbagai barangan kelengkapan Aidilfitri.

"Kegembiraan mereka turut dimeriahkan lagi dengan majlis berbuka puasa selepas membeli belah sebelum dihantar semula ke Masjid Al-Irsyad.

"Esok, program seterusnya di perkarangan Masjid Al-Irsyad adalah majlis penyembelihan dan melapah lembu serta rewang bagi menyediakan hidangan berbuka puasa di masjid berkenaan," katanya ketika membawa anak yatim membeli -belah kelengkapan Aidilfitri di Pasaraya Giant Tampoi, hari ini.

OTHMAN (tiga kiri) dan Mustapa (dua kanan) membawa anak yatim membeli -belah kelengkapan Aidilfitri. FOTO Zulfadli Zulkifli

Turut hadir, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar dan Ketua Komunikasi Korporat Forest City, Aeron Munajat.

Menurut Othman, program esok juga akan menyaksikan penganjuran pertandingan mewarna dan kelas tuisyen untuk anak yatim dan anak kariah masjid manakala sukarelawan TKHM dan penduduk kampung serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) akan bergotong-royong memasak juadah berbuka puasa.

Aktviti pada sebelah petang termasuk kunjungan TKHM ke kediaman keluarga asnaf untuk menyampaikan #HMKotakRezeki2017 serta majlis penyampaian bantuan, pakaian dan duit raya kepada anak yatim, daif dan ibu tunggal di pekarangan masjid sebelum mereka dihidangkan dengan jamuan makan berdulang pada waktu berbuka puasa.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Seronok dibawa membeli-belah

Sekianlah artikel Seronok dibawa membeli-belah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seronok dibawa membeli-belah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/seronok-dibawa-membeli-belah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :