link : Shukri Yahaya Akan Ambil Tindakan Jika Wanita Dakwa Digoda Terus Sebar Berita Palsu
Shukri Yahaya Akan Ambil Tindakan Jika Wanita Dakwa Digoda Terus Sebar Berita Palsu
Sehingga hari ini kontroversi Shukri Yahaya yang didakwa meminta foto lucah daripada seorang wanita bernama Sarah Danielle masih hangat diperkatakan. Ironinya, semua ini berlaku ketika namanya sedang meningkat naik menerusi drama Andainya Takdir. Sarah sekali lagi telah memuat naik beberapa bukti termasuk bukti panggilan video beliau bersama Shukri.
Masih menerima pelbagai persoalan bukan sahaja daripada peminat malahan keluarga beliau sendiri, Shukri sekali lagi dengan tegasnya menafikan segala dakwaan liar tersebut.
Shukri juga akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya isu ini terus berlanjutan.
Saya tidak mahu terlalu memikirkan sangat mengenai cubaan pihak terbabit yang membusukkan nama saya. Bagaimanapun, situasinya ketika ini seperti saya melakukan kesalahan besar.
Kalau boleh saya tidak mahu panjangkan perkara bodoh itu dan terheret dengan kebodohan yang cuba dilakukan pihak terbabit.Bagaimanapun, sekiranya ia berlarutan, baru saya mengambil tindakan sewajarnya.
Jika tidak bersalah kebenaran pasti akan terbukti juga satu hari nanti. Harap Shukri kekal tabah menghadapi ujian ini.
Sumber Berita : Harian Metro
Sumber: Beautifulnara
Demikianlah Artikel Shukri Yahaya Akan Ambil Tindakan Jika Wanita Dakwa Digoda Terus Sebar Berita Palsu
Anda sekarang membaca artikel Shukri Yahaya Akan Ambil Tindakan Jika Wanita Dakwa Digoda Terus Sebar Berita Palsu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/shukri-yahaya-akan-ambil-tindakan-jika.html