Singapura manfaatkan ruang kosong menjadi pertanian bandar

Singapura manfaatkan ruang kosong menjadi pertanian bandar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Singapura manfaatkan ruang kosong menjadi pertanian bandar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Singapura manfaatkan ruang kosong menjadi pertanian bandar
link : Singapura manfaatkan ruang kosong menjadi pertanian bandar

Baca juga


Singapura manfaatkan ruang kosong menjadi pertanian bandar

SINGAPURA: Ruang kosong di Singapura bertukar menjadi ruang pertanian bandar dalam usaha negara itu mengurangkan kebergantungannya terhadap makanan import.

Negara-negara di Asia Tenggara yang lebih kaya mengimport 90 peratus makanannya dari negara jiran, dan perkara itu membuka kemungkinan risiko gangguan rangkaian bekalan.

Sebuah syarikat yang berteraskan falsafah ‘tanam makanan anda sendiri’, Edible Garden City, telah merancang dan membina lebih daripada 50 taman sayuran di negara itu bagi dibekalkan kepada restoran, hotel, sekolah dan kediaman.

Ruang kosong diubah menjadi tempat untuk menghasilkan tanaman yang dapat menyahut permintaan pengguna. - Reuters

Salah satu projeknya ialah Citizen Farm, sebuah plot seluas 8,000 meter persegi yang merupakan bekas penjara, kini ditukarkan menjadi ladang bandar.

Citizen Farm menghasilkan sehingga 100 kilogram (kg) sayur-sayuran, 20kg herba dan 10-15kg cendawan – yang cukup untuk memberi makan kepada 500 orang sehari.

Menurut Ketua Inisiatif Citizen Farm, Darren Ho, walaupun jumlah itu kecil berbanding dengan permintaan makanan di republik itu, iaitu sebanyak 5.5 juta orang, ia tetap merupakan jumlah yang baik buat permulaan.

Meskipun jumlah sayuran dan tanaman yang dihasilkan kecil berbanding permintaan, ia sudah dianggap cukup baik sebagai permulaan. - Reuters

"Tiada sistem yang akan menggantikan kaedah import. Kami di sini adalah bagi menjadikan Singapura lebih berdaya tahan dari segi bekalan makanan,” kata Ho.

Tambahnya, sama ada bekalan cukup atau tidak bergantung kepada komuniti itu sendiri dalam menentukan adakah ia mencukupi atau tidak.

Agensi-agensi kerajaan sedang mempertimbangkan konsep syarikat yang mengusahakan pertanian bandar ke bahagian-bahagian lain di dalam bandar, termasuk ruang sekitar perumahan awam yang bertingkat tinggi.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Singapura manfaatkan ruang kosong menjadi pertanian bandar

Sekianlah artikel Singapura manfaatkan ruang kosong menjadi pertanian bandar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Singapura manfaatkan ruang kosong menjadi pertanian bandar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/singapura-manfaatkan-ruang-kosong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :