link : Skuad Hoki Wanita Negara Duduki Tangga Tercorot
Skuad Hoki Wanita Negara Duduki Tangga Tercorot
KUALA LUMPUR – Pasukan hoki wanita negara berakhir di kedudukan tercorot tempat ke-10 pada pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Wanita Dunia (WHWL) selepas tewas dalam kesemua perlawanan.
Pada aksi di Stadium Fallon di Brussels, Belgium petang ini, Malaysia yang kini berada pada ranking ke-22 dunia tewas 1-0 kepada Scotland.
Gol tunggal pasukan yang berada di kedudukan ke-17 dunia itu adalah melalui pukulan sudut penalti oleh Sarah Robertson pada minit ketujuh perlawanan.
Untuk rekod sepanjang kejohanan itu, Malaysia kalah 3-0 kepada Australia dalam perlawanan pertama peringkat Kumpulan B pada 21 Jun lepas, diikuti kekalahan 1-3 kepada Sepanyol, seterusnya dibelasah teruk Belgium 9-0 dan menutup perlawanan peringkat kumpulan dengan kekalahan 1-0 kepada New Zealand.
Misi pasukan kendalian jurulatih Muhammad Dharma Raj Abdullah untuk melayakkan diri ke Piala Dunia ternyata gagal kerana hanya empat pasukan teratas kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir.
Malaysia diundi bersama naib juara Piala Dunia 2014, Australia, pasukan nombor lima dunia New Zealand, Sepanyol (10) dan tuan rumah Belgium (14) dalam Kumpulan B. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Skuad Hoki Wanita Negara Duduki Tangga Tercorot
Anda sekarang membaca artikel Skuad Hoki Wanita Negara Duduki Tangga Tercorot dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/skuad-hoki-wanita-negara-duduki-tangga.html