Solace Sabah Edar Alat Pengesan Stres

Solace Sabah Edar Alat Pengesan Stres - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Solace Sabah Edar Alat Pengesan Stres, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Solace Sabah Edar Alat Pengesan Stres
link : Solace Sabah Edar Alat Pengesan Stres

Baca juga


Solace Sabah Edar Alat Pengesan Stres

KUALA LUMPUR – Solace Sabah, pusat rawatan ketagihan di kawasan kediaman, yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, membawa masuk Spire, sejenis peranti bagi mengesan pernafasan dan aktiviti yang berguna bagi mereka yang mengalami tekanan atau stres.

Ketua pegawai eksekutif Solace Sabah Dr Prem Kumar Shanmugam berkata dalam satu kenyataan: “Peranti ini, yang direka bentuk dan dihasilkan Makmal Teknologi Penenang, Stanford University, mengukur pola pernafasan dan mengira langkah pengguna sepanjang hari, memaklumkan bilakah mereka berasa tegang atau tertekan dan menunjukkan apakah yang menjadi fokus mereka.

“Peranti aktiviti ini, tidak jauh bezanya dengan peranti mengesan fizikal, membantu manusia menikmati ketenangan dan meningkatkan kembali produktiviti sepanjang hari dengan mengukur pernafasan, dan dengan itu membolehkan seseorang menikmati kehidupan lebih sihat.”

Katanya, peranti berkenaan juga akan membolehkan seseorang memahami tempoh stres yang dialaminya dalam sehari dan segera menggunakan intervensi untuk mengubah secara beransur-ansur responsnya terhadap stres bagi menikmati hari yang lebih tenang dan bermanfaat.

Spire berharga RM400 seunit dan boleh dibeli di klinik Solace di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

Maklumat lanjut tentang peranti ini boleh didapati dengan mengunjungi http://ift.tt/2qSsK4f

– BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Solace Sabah Edar Alat Pengesan Stres

Sekianlah artikel Solace Sabah Edar Alat Pengesan Stres kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Solace Sabah Edar Alat Pengesan Stres dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/solace-sabah-edar-alat-pengesan-stres.html

Subscribe to receive free email updates: