Spiderman Pun Tunai Kewajipan Bayar Zakat

Spiderman Pun Tunai Kewajipan Bayar Zakat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Spiderman Pun Tunai Kewajipan Bayar Zakat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Spiderman Pun Tunai Kewajipan Bayar Zakat
link : Spiderman Pun Tunai Kewajipan Bayar Zakat

Baca juga


Spiderman Pun Tunai Kewajipan Bayar Zakat

KUCHING – Bagi umat Islam yang sibuk dengan urusan harian, mungkin kisah Spiderman ini yang lebih padat jadual dengan aktiviti duniawi boleh ‘buka mata’ tentang kewajipan bayar zakar fitrah.

Bagi Muslim, memang wajib menunaikan rukun ketiga itu apatah lagi pada bulan Ramadan, ramai berpusu-pusu menemui amil yang diberi kuasa mengutip zakat untuk membayar sama ada untuk diri sendiri atau tanggungan.

Ini termasuk ‘Spiderman’! Sejak semalam, tular menerusi media sosial mengenai kelibat ‘Spiderman’ yang tampil membayar zakat fitrah, sekali gus mencuri perhatian ramai pengunjung sebuah pusat beli belah di sini.

Menurut laporan laman Berita Harian, adiwira itu sebenarnya ialah Harris Fazri Hashim, yang berusia 40 tahun dan kebetulan menyertai pertandingan ‘Kostum Hari Raya’ di Majma Mall, Kompleks Islam Kuching pada Ahad lalu.

Menurut lelaki tersebut, beliau sendiri tidak menyangka tindakan spontannya hadir membayar zakat di meja amil pusat beli-belah berkenaan sambil memakai kostum ‘superhero’ popular Barat itu menarik perhatian ramai.

“Saya selalu diingatkan isteri agar tidak lupa bayar zakat fitrah kerana sudah lebih dua minggu berpuasa. Sejurus saya mahu meninggalkan pusat beli belah berkenaan, saya ternampak satu kaunter pembayaran zakat fitrah.

“Maka saya terus mengambil keputusan untuk segera menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim,” kata Harris yang dipetik laman akhbar harian tersebut. Foto itu sebenarnya dirakamkan isterinya, Fazlyn Aishah Fazsha.

Wanita berkenaan kemudian memuat naik gambar suaminya itu menerusi laman Facebooknya dengan keterangan ringkas termasuk dalam dialek Sarawak iaitu: “Neman Spiderman Mayar Zakat suamikuspiderman

Walaupun mengganggap diri sudah agak ‘tua’ untuk bergaya dengan kostum adiwira, namun ia menjadi pengalaman manis buat Harris kerana kali pertama beliau mampu membayar zakat fitrah dengan berpakaian sedemikian.

“Amil yang berada di kaunter pembayaran berkenaan pun tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap saya dan tidak pula seorang kekok melihat saya,” katanya sambil tersenyum. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Spiderman Pun Tunai Kewajipan Bayar Zakat

Sekianlah artikel Spiderman Pun Tunai Kewajipan Bayar Zakat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Spiderman Pun Tunai Kewajipan Bayar Zakat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/spiderman-pun-tunai-kewajipan-bayar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :