Stacy Pilih Lagu Ciptaan Akim

Stacy Pilih Lagu Ciptaan Akim - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Stacy Pilih Lagu Ciptaan Akim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Stacy Pilih Lagu Ciptaan Akim
link : Stacy Pilih Lagu Ciptaan Akim

Baca juga


Stacy Pilih Lagu Ciptaan Akim

PENYANYI popular, Stacy mempertaruhkan single baru berjudul ‘Cakap Ke Tangan’ karya suaminya, Akim Ahmad, untuk kembali bergerak aktif dalam dunia seni selepas Aidilfitri nanti.

Stacy, 26, atau nama Muslimnya, Ummu Shaikah Stacy Anam berkata, dia memilih lagu berentak rancak kerana mahu mencabar dirinya kembali menyanyi dan menari selepas berehat panjang bagi melahirkan cahaya mata perempuan, Eshaal, yang kini berusia tiga bulan.

“Kini, tinggal lima kilogram saja lagi untuk dikurangkan bagi mendapatkan berat badan ideal. Bukannya apa, saya tidak mahu nanti semput ketika mengadakan persembahan. Oleh itu, saya kini bersenam dan mengamalkan diet sebagai persiapan untuk kembali aktif menyanyi.

“Single terkini berjudul ‘Cakap Ke Tangan’ baru saja dihasilkan oleh Akim secara spontan, beberapa hari lalu. Biarpun mengambil risiko menyanyikan lagu rancak selepas lama berehat, namun saya rasa inilah caranya untuk mencabar diri.

“Kalau tidak, sampai bila-bila pun saya takkan bersedia. Oleh itu, saya perlu membuat persediaan fizikal dan mental untuk kembali aktif seperti zaman bujang dulu,” kata Stacy lagi.

Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah. Mereka turut mempunyai anak perempuan bernama Bella Luna yang kini berusia lima tahun.-MYNEWSHUB.CC

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Stacy Pilih Lagu Ciptaan Akim

Sekianlah artikel Stacy Pilih Lagu Ciptaan Akim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Stacy Pilih Lagu Ciptaan Akim dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/stacy-pilih-lagu-ciptaan-akim.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :