link : Strategi Pastikan Rakyat Percaya Dakwaan DOJ
Strategi Pastikan Rakyat Percaya Dakwaan DOJ
KUALA LUMPUR – Pakatan pembangkang akan mewujudkan sebuah Jawatan Kuasa Tindakan 1MDB bagi merangka strategi terbaik untuk memastikan rakyat terpengaruh dengan dakwaan terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pakatan pembangkang dalam satu kenyataan media berkata, parti-parti pembangkang di Malaysia kecuali PAS akan turut mengenepikan segala perbezaan antara mereka dan berkerjasama serta bersatu tenaga untuk menjayakan strategi tersebut.
Parti pembangkang DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan turut menggunakan dakwaan DOJ Amerika Syarikat bagi membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia
Tindakan drastik pembangkang yang seterusnya adalah mengadakan jelajah ke seluruh negara bagi menyebarkan tentang dakwaan DOJ Amerika Syarikat kepada rakyat Malaysia. Jelajah itu akan bermula pada 6 Julai ini di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang.
“Jelajah ini akan dijalankan ke seluruh negara dan berakhir dengan sebuah perhimpunan rakyat pada bulan September,” kata pakatan pembangkang dalam kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen PAN Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen PSM Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar; Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking dan wakil dari PPBM, Datuk Dr. Rais Hussin.
Pembangkang dipercayai bertindak demikian gara-gara dakwaan terbaru DOJ Amerika Syarikat mengenai 1MDB menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya membangkitkan kemarahan rakyat bagi mencerahkan peluang kepada pembentukan kerajaan sekular, sosialis dan liberal oleh pembangkang di Malaysia kurang dipercayai orang ramai.
Ia berikutan rakyat Malaysia khususnya beragama Islam mula sangsi dengan agenda sebenar DOJ Amerika Syarikat membuat pengumuman terbuka mengenai dakwaan itu walhal ia belum dibuktikan di mahkamah. Satu tindakan yang menyanggah teras keadilan iaitu tiada pihak dianggap bersalah selagi belum dibuktikan bersalah.
Lebih mencurigakan dakwaan terbaru DOJ Amerika Syarikat mengenai 1MDB hanya akan dibuat menjelang Hari Raya Aidilfitri iaitu waktu yang hampir sama setiap kali agensi kerajaan Amerika Syarikat itu melemparkan tuduhan keatas 1MDB sebelum ini.
Rakyat Malaysia turut didedahkan dengan maklumat yang bocor bahawa DOJ Amerika Syarikat membuat dakwaan itu hanya berdasarkan aduan yang dibuat oleh wakil pihak berkepentingan pembangkang di Malaysia di negara berkenaan. – Mynewshub.cc
Loading...
Demikianlah Artikel Strategi Pastikan Rakyat Percaya Dakwaan DOJ
Anda sekarang membaca artikel Strategi Pastikan Rakyat Percaya Dakwaan DOJ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/strategi-pastikan-rakyat-percaya.html