Suami, isteri tak sempat jumpa anak

Suami, isteri tak sempat jumpa anak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suami, isteri tak sempat jumpa anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suami, isteri tak sempat jumpa anak
link : Suami, isteri tak sempat jumpa anak

Baca juga


Suami, isteri tak sempat jumpa anak

Hajat sepasang suami isteri untuk bertemu anak mereka hari ini tidak kesampaian sebaliknya mereka menerima berita sedih mengenai kematian anak mereka dalam kemalangan pagi tadi.

Anak mereka Muhammad Rahman Rozali, 18, adalah antara enam pelajar Tahfiz Al-Hashimi Kampung Tualang di sini yang maut dalam kemalangan itu manakala lapan lagi rakannya cedera termasuk enam parah.

Kemalangan dilapor berlaku apabila van yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu dekat Kampung Telekung pada pukul 9.40 pagi.

Rozali Mohd Noor, 53, berkata beliau dan isterinya Noriah Muhammad, 45, dari Kampung Tok Losoh, Bachok sepatutnya bertemu  anak mereka.

“Memang hajat di hati nak jumpa anak kami hari ini. Tapi kami diberitahu mengenai pemergiannya pula,” katanya di Bilik Mayat Hospital Kuala Krai.

Rozali berkata kali terakhir beliau berbual dengan anak kelima daripada enam beradik itu ketika menghubunginya Jumaat lepas yang anaknya memberitahu dia tidak akan pulang sepanjang bulan Ramadan  dan hanya akan pulang pada Aidilfitri nanti.

“Sebab itu saya nak jumpa anak saya di pusat tahfiz walaupun Muhammad Rahman tak benarkan kerana dia tak mahu susahkan saya yang terpaksa menunggang  motosikal untuk datang berjumpanya.

“Motosikal itu jugalah yang sering digunakan untuk menghantar dan mengambilnya pulang dari pusat tahfiz sejak arwah mula belajar di situ ketika masih berusia 13 tahun,” katanya.

Rozali yang bekerja sebagai nelayan berkata beliau mendapat berita mengenai kemalangan yang menimpa anaknya itu selepas dihubungi pihak pengurusan pusat tahfiz kira-kira 11 pagi tadi.

“Arwah seorang yang pendiam dan tak suka bercakap banyak. Dia hanya rapat dengan adik bongsunya dan dia juga tak suka keluar berjalan-jalan,” katanya.

Seorang lagi ibu mangsa Hasmah Husin, 48, berkata kali terakhir beliau menemui anaknya Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16, pada minggu lepas.

Hasmah berkata, anaknya itu pulang pada Khamis dan bermalam di rumah mereka di Kampung Pemberian di sini sebelum beliau menghantarnya pulang semula ke pusat tahfiz itu pada petang Jumaat.

“Arwah mula masuk ke pusat pengajian ini ketika berusia 12 tahun lagi. Ketika anak saya pulang ke rumah, saya tak rasa apa-apa perubahan pada dirinya memandangkan dia seorang yang periang.

“Saya tahu mengenai kemalangan ini selepas seorang rakan kongsi gambar kemalangan dalam WhatsApp group. Saya rasa tak sedap hati dan terus ke lokasi kejadian dan baru saya sedar antara mangsanya adalah adalah anak saya sendiri,” katanya.

Mudir pusat tahfiz berkenaan Mohd Azam Tarmizi berkata, kumpulan pelajar berkenaan bertolak pada pukul 9.30 pagi tadi untuk menghadiri program di Madinah Ramadan berdekatan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di  Kota Bharu.

“Pelajar dari pusat tahfiz ini dijemput oleh pihak penganjur untuk turut serta pada program berkenaan dan ia merupakan program tahunan yang sering kami sertai,” katanya.

The post Suami, isteri tak sempat jumpa anak appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Suami, isteri tak sempat jumpa anak

Sekianlah artikel Suami, isteri tak sempat jumpa anak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suami, isteri tak sempat jumpa anak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/suami-isteri-tak-sempat-jumpa-anak_3.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :