Susah Betul Nak Cakap KL Kata Fikry

Susah Betul Nak Cakap KL Kata Fikry - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Susah Betul Nak Cakap KL Kata Fikry, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Susah Betul Nak Cakap KL Kata Fikry
link : Susah Betul Nak Cakap KL Kata Fikry

Baca juga


Susah Betul Nak Cakap KL Kata Fikry

TERLALU pekat bercakap dengan loghat utara, pelawak berasal dari Kedah iaitu Fikry Ibrahim ini memberitahu ia cabaran utamanya untuk menjadi pelakon.

Dia yang turut terlibat dalam drama popular Hero Seorang Cinderella mengakui agak sukar berdialog dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan baik seperti yang ditulis dalam skrip.
Bagaimanapun, Fikry yang membawakan watak Noah Farizzam berkata, pelakon-pelakon lain banyak membantunya sepanjang menjalani penggambaran.

“Susahnya saya yang cakap Kedah ini nak bercakap dalam bahasa KL (bahasa Malaysia), ditambah pula kalau kena bercakap bahasa Inggeris, memang hancur.

“Fazura banyak bantu saya fahamkan terutamanya penggunaan bahasa Inggeris kepada saya… kalau tidak memang susah. Pelakon-pelakon lain juga banyak membantu,” ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang pengalaman pertamanya di set penggambaran, Fikry berkata, dia sering terlupa dialog ketika berhadapan dengan aktor popular.

Katanya, barisan pelakon popular dalam drama tersebut juga menjadi punca dia berasa tertekan jika tidak melakukannya dengan baik.

“Semua pelakon drama ini bertaraf bintang dan sudah tahu bakat mereka dalam bidang lakonan. Ia membuatkan saya rasa takut kerana ini adalah penggalaman pertama saya.

“Masa hari pertama di set penggambaran saya sudah hafal dan buat latihan banyak kali, tapi bila berhadapan dengan Uqasha sahaja saya lupa apa skrip yang perlu saya cakap.

“Sejujurnya memang ada rasa takut jika lakonan saya mencacatkan drama ini,” ujanya.
Dalam pada itu, ditanya tentang persediaannya menerima komen negatif netizen, Fikry berkata, dia mengakui sudah  menanam sikap terbuka menerima komen-komen penonton.

“Saya sudah bersedia dikritik dan saya harap penonton dapat beri kritikan yang membina agar saya dapat membaiki mutu lakonan saya pada masa akan datang,” ujarnya.

Drama Hero Seorang Cinderella lakonan Fattah Amin dan Fazura disiarkan setiap 10 malam, Khamis hingga Jumaat di Astro Ria.

Fikry juga pernah diberi peluang menjadi hos Gema Gegar Vaganza siaran Astro Oasis.

The post Susah Betul Nak Cakap KL Kata Fikry appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Susah Betul Nak Cakap KL Kata Fikry

Sekianlah artikel Susah Betul Nak Cakap KL Kata Fikry kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Susah Betul Nak Cakap KL Kata Fikry dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/susah-betul-nak-cakap-kl-kata-fikry.html

Subscribe to receive free email updates: