Suspek Samun Dan Rogol Didakwa Hari Ini.

Suspek Samun Dan Rogol Didakwa Hari Ini. - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suspek Samun Dan Rogol Didakwa Hari Ini., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suspek Samun Dan Rogol Didakwa Hari Ini.
link : Suspek Samun Dan Rogol Didakwa Hari Ini.

Baca juga


Suspek Samun Dan Rogol Didakwa Hari Ini.

Setelah viral video samun dan rogol perkerja kafe siber di Bandar Kinrara Puchong baru-baru ini, hari ini lelaki yang didakwa sebagai suspek terima padah selepas dihadapkan

Setelah viral video samun dan rogol perkerja kafe siber di Bandar Kinrara Puchong baru-baru ini, hari ini lelaki yang didakwa sebagai suspek terima padah selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Menurut laporan Harian Metro, Tertuduh, B Sugidran, 26, peniaga besi buruk bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencabul, merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap penjaga kaunter premis itu, seorang wanita warga Indonesia berusia 33 tahun di No B-17-0, Kinrara Niaga, Jalan BK 5A/2D, Puchong, di sini pada 10 pagi, 11 Mei lalu.

Selain itu, dia turut didakwa bersama seorang lagi yang telah meninggal dunia melakukan rompak berkumpulan terhadap rakan sekerja mangsa, lelaki warga Bangladesh berusia 34 tahun membabitkan kerugian RM400.

Bagi kesalahan rogol dan seks luar tabii, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 dan 377C Kanun Keseksaan yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Pada 19 Mei lalu, rakan tertuduh, mati akibat terjatuh dari tingkat 12 pangsapuri PPR Seri Semarak, Setapak, Kuala Lumpur dipercayai cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota polis yang mahu menahannya.

Sebelum ini, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua suspek menyamun dan merogol pekerja premis judi berusia 33 tahun menjadi tular di laman sosial sejak 12 Mei lalu.-Harian Metro

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Suspek Samun Dan Rogol Didakwa Hari Ini.

Sekianlah artikel Suspek Samun Dan Rogol Didakwa Hari Ini. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suspek Samun Dan Rogol Didakwa Hari Ini. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/suspek-samun-dan-rogol-didakwa-hari-ini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :