link : SUV pertama Proton... Bayu dipasang di Tanjung Malim
SUV pertama Proton... Bayu dipasang di Tanjung Malim
Selepas lama ditunggu-tunggi... Proton Holdings mengumumkan kenderaan utiliti (SUV) pertama yang bakal dipasang dikilangnya, sejak usahasama dengan Kumpulan Zhejiang Geely Holding Group (ZGH) bulan lalu.
Geely Boyue buatan rakan strategik Proton itu akan dipasang di kilang di Tanjung Malim, dan menurut beberapa laporan, ia bakal dinamakan sebagai Proton Bayu.
SUV 5-seater itu berukuran menyerupai Honda CR-V. Di China, ia ditawarkan dengan enjin 1.8 dan 2.4 liter.
Pengumuman itu dibuat pada majlis dihadiri Datuk Seri Najib Razak, Pengerusi DRB-HICOM, Tan Sri Dr Mohd Khamil Jamil dan Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang, untuk memuktamadkan jualan kepentingan Proton kepada Geely.
Menurut PM, perkongsian DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd, bakal menyaksikan Proton menjadi hab pengeluaran global model kereta pemanduan kanan Geely.
"Proton sudah menemui rakan yang paling sesuai. Dengan memanfaatkan teknologi dan kepakaran Geely, Proton kini sudah bersedia untuk menghadapi cabaran mendatang,” katanya.
Menurut Najib, Proton akan mempunyai keupayaan dan sumber untuk pemulihan dan menjadi contoh kejayaan Malaysia, tanpa memerlukan bantuan daripada kerajaan.
Beliau yakin menerusi perkongsian dengan Geely, syarikat yang mempunyai kelayakan, kepimpinan yang komited dan rekod yang sudah terbukti, Proton dapat meluaskan kehadirannya dalam pasaran ASEAN.
Perdana Menteri berkata, jika Proton tidak ‘diselamatkan’ menerusi kerjasama strategik, lebih 10,000 petugasnya akan berdepan pemberhentian kerja selain ekosistem sekeliling akal terjejas, sekali gus mempengaruhi lebih 200,000 pekerjaan.
“Ya, Proton sebelum ini berdepan masalah dan kerajaan ketika itu dipanggil untuk membantu entiti berkenaan yang menyaksikan bantuan pembiayaan disalurkan sehingga dilanjutkan pada tahun 2016.
“Pelbagai persoalan timbul mengapa Proton dibantu (kerajaan), walhal ia adalah syarikat swasta. Realitinya, keadaan (Proton kian suram. Namakan saja apa model perniagaan sekali pun, ia tidak berdaya tahan untuk dilaksanakan dalam tempoh jangka panjang.
“Ia juga dipengaruhi impian tidak realistik yang panjang dan kekurangan kefahaman komersial membabitkan bekas ketua penguji. Ini kerana, ‘beliau’ mahu Proton menjadi 100 peratus milik Malaysia dan mahu melihat syarikat automotif itu rugi ratusan juta ringgit pada setiap tahun.
“Itu (kerugian) membabitkan wang rakyat. Oleh itu, adalah tidak bertanggungjawab jika model perniagaan lama diteruskan dan menyebabkan kegagalan,” katanya.
Bagaimanapun, Najib dalam ucapannya tidak menyebut secara terperinci siapa ‘bekas ketua penguji’ berkenaan. Mengulas kerjasama dengan syarikat gergasi automotif dunia dari China itu, Najib berkata, langkah strategik itu dibuat supaya Proton boleh berdikari dan tidak lagi bergantung sepenuhnya atas bantuan kerajaan
Katanya, sokongan kerajaan terhadap Proton, merangkumi bimbingan dan syarat yang ditetapkan menyaksikan Geely hanya memiliki 49.9 peratus pegangan saham dalam Proton.
“Ini supaya Proton mempunyai kemampuan dan sumber untuk mengubah entiti itu dan supaya ia mampu menjadi contoh kepada kejayaan Malaysia.
“Bagi merealisasikan perkara itu, Proton sudah menemui rakan kerjasama yang tepat meskipun ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui secara terperinci mengenai Geely.
“Mereka mesti tahu kerana Geely adalah pemain industri terbesar dalam dunia automotif dunia sejak 10 tahun lalu. Volvo, sebuah syarikat automotif dari Sweden yang dimiliki Geely berjaya menjana keuntungan sebanyak AS$1.25 bilion, terbesar dalam tempoh 90 tahun, sekali gus mengukir sejarah syarikat berkenaan,” katanya.
Perjanjian ditandatangani Pengarah Urusan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Pengerusi Geely, Liu Shufu.
Syed Faisal berkata DRB akan bekerjasama dengan Geely untuk menterjemahkan Geely Boyue bagi pasaran tempatan.
Kereta itu antara lain memiliki sistem pengaktifan suara, namun setakat ini ia hanya untuk bahasa Mandarin.
“Yang pasti kami akan cuba menyesuaikannya dengan citarasa tempatan (localise), termasuk bahasa tempatan,” katanya.
Berhubung harga pasarannya pula, beliau berkata ia belum ditetapkan dan akan dibincangkan nanti.
Penggunaan Geely Boyue sebagai model pertama Proton selepas usahama merupakan antara perkara utama dalam perjanjian antara DRB-HICOM dan Geely, selain pembangunan model lain pada masa depan.

Demikianlah Artikel SUV pertama Proton... Bayu dipasang di Tanjung Malim
Sekianlah artikel SUV pertama Proton... Bayu dipasang di Tanjung Malim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SUV pertama Proton... Bayu dipasang di Tanjung Malim dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/suv-pertama-proton-bayu-dipasang-di.html