link : Syed Zainol Anwar Pengerusi Baharu MAHB
Syed Zainol Anwar Pengerusi Baharu MAHB
KUALA LUMPUR – Kontrak Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz sebagai Pengarah dan Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) tamat hari ini.
MAHB dalam satu kenyataan berkata, jawatan itu akan disandang oleh Tan Sri Syed Zainol Anwar Syed Putra Jamalullail berkuatkuasa esok.
“Wan Abdul Aziz memegang jawatan itu selama lima tahun dan membawa banyak pencapaian kepada syarikat seperti pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 dan pengambilalihan Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen di Turki,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, Syed Zainol Anwar waktu ini memegang jawatan sebagai Pengerusi Nestle (Malaysia) Berhad, Cahya Mata Sarawak Berhad, Malakoff Corporation Berhad, Lembaga Zakat Selangor dan Pulau Indah Ventures Sdn. Bhd.
“Beliau juga merupakan Canselor Universiti SEGi,” kata kenyataan itu. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Syed Zainol Anwar Pengerusi Baharu MAHB
Anda sekarang membaca artikel Syed Zainol Anwar Pengerusi Baharu MAHB dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/syed-zainol-anwar-pengerusi-baharu-mahb.html