Syura Bawa Anak Sambut Raya Di Rumah Bekas Suami

Syura Bawa Anak Sambut Raya Di Rumah Bekas Suami - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syura Bawa Anak Sambut Raya Di Rumah Bekas Suami, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syura Bawa Anak Sambut Raya Di Rumah Bekas Suami
link : Syura Bawa Anak Sambut Raya Di Rumah Bekas Suami

Baca juga


Syura Bawa Anak Sambut Raya Di Rumah Bekas Suami

WALAUPUN tidak lagi terikat sebagai sepasang suami isteri, penyanyi Syura Badron, 31, tidak pernah mengabaikan hak anak-anak untuk bersama bekas suami, Mohd Fadhly Md Yassin, 36.

Malah, hubungan baik dengan Mohd Fadhly membantu Syura membuat persiapan raya untuk tiga anak mereka iaitu Nurul Dania Irdani, 10; Nurul Qaisara Sofia, 8 dan Muhammad Irfan Aryan, 6.

Akui Syura, biarpun sudah berpisah, beliau dan Mohd Fadhly masih kerap berhubungan untuk berbincang mengenai anak-anak.

“Dulu, ketika masih bersama bekas suami, saya buat semua persiapan. Memang banyak bezanya sekarang, dulu ada saja permintaan bekas suami yang teringin sesuatu yang istimewa.

“Namun, saya tahu, anak-anak merindui saat bersahur dan berbuka dalam keluarga yang sempurna,” katanya.

Setiap kali Syawal, agenda utama Syura adalah untuk membawa anak-anak berkunjung ke rumah bekas suaminya itu.

“Bekas suami tidak pernah abaikan anak-anak. Kalau cuti sekolah, dia akan datang ambil mereka. Saya tak pernah halang dia untuk jenguk dan ambil anak sebab mereka masih menjadi tanggungjawab dia.

“Setiap kali raya, kami pasti akan menjadi tumpuan adik-beradik bekas suami. Apabila ramai sanak-saudara, orang akan memerhatikan gelagat kami.

“Tetapi, saya dan dia sangat terbuka… Kami bukan berlakon atau ‘buat-buat’ baik sebaliknya sudah selesa,” katanya lagi.

Syura dan bekas suaminya membawa haluan sendiri sejak Ogos 2015 setelah sembilan tahun berkahwin.

Inilah yang patut dicontohi ramai pasangan yang melalui perpisahan seperti mereka; berbaik demi anak-anak dan tidak lupakan tanggungjawab meskipun tidak lagi mempunyai ikatan sah.-MYNEWSHUB.CC

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Syura Bawa Anak Sambut Raya Di Rumah Bekas Suami

Sekianlah artikel Syura Bawa Anak Sambut Raya Di Rumah Bekas Suami kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syura Bawa Anak Sambut Raya Di Rumah Bekas Suami dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/syura-bawa-anak-sambut-raya-di-rumah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :