Tahfiz Al-Hashimi: Mangsa maut bakal tamat pengajian 30 juzuk al-Quran

Tahfiz Al-Hashimi: Mangsa maut bakal tamat pengajian 30 juzuk al-Quran - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tahfiz Al-Hashimi: Mangsa maut bakal tamat pengajian 30 juzuk al-Quran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tahfiz Al-Hashimi: Mangsa maut bakal tamat pengajian 30 juzuk al-Quran
link : Tahfiz Al-Hashimi: Mangsa maut bakal tamat pengajian 30 juzuk al-Quran

Baca juga


Tahfiz Al-Hashimi: Mangsa maut bakal tamat pengajian 30 juzuk al-Quran

KUALA LUMPUR: Salah seorang pelajar Tahfiz Al-Hashimi yang maut dalam kemalangan pagi tadi bakal menamatkan pengajian 30 juzuk al-Quran dalam masa terdekat.

Wartawan Skuad Cakna Sinar, Azura Mohamad berkata maklumat tersebut dimaklumkan ibu mangsa semasa menunggu proses pengurusan jenazah di Hospital Kuala Krai.

"Kesemua mangsa yang terlibat dengan kemalangan tidak dapat ditemubual buat masa kini. Namun saya sempat menebual salah seorang ibu kepada pelajar yang maut.

"Anak beliau yang berusia 17 tahun dikatakan bakal tamat pengajian menghafaz 30 juzuk al-Quran tidak lama lagi," kata Azura semasa ditemu bual Astro AWANI hari ini.

Sementara itu, Azura memaklumkan semasa kejadian cuaca dan keadaan jalan berada dalam keadaan baik.

"Jalan di situ lurus dan suasana pagi di sini agak lengang kerana hari ini merupakan hari Jumaat, cuti hujung minggu kepada penduduk Kelantan," katanya.

Dalam insiden sekitar jam 9.40 pagi itu, tujuh mangsa dilaporkan maut sementara tujuh lagi cedera apabila sebuah van yang membawa pelajar dan tenaga pengajar Tahfiz Al-Hashimi terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di sini pagi tadi.

Lima maut ditempat kejadian manakala dua orang mangsa maut di Hospital Kuala Krai.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tahfiz Al-Hashimi: Mangsa maut bakal tamat pengajian 30 juzuk al-Quran

Sekianlah artikel Tahfiz Al-Hashimi: Mangsa maut bakal tamat pengajian 30 juzuk al-Quran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tahfiz Al-Hashimi: Mangsa maut bakal tamat pengajian 30 juzuk al-Quran dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tahfiz-al-hashimi-mangsa-maut-bakal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :