Tak hadir majlis pengebumian ibu: “Cerita saya dan ibu hanya Allah yang tahu” – Azwan Ali

Tak hadir majlis pengebumian ibu: “Cerita saya dan ibu hanya Allah yang tahu” – Azwan Ali - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak hadir majlis pengebumian ibu: “Cerita saya dan ibu hanya Allah yang tahu” – Azwan Ali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak hadir majlis pengebumian ibu: “Cerita saya dan ibu hanya Allah yang tahu” – Azwan Ali
link : Tak hadir majlis pengebumian ibu: “Cerita saya dan ibu hanya Allah yang tahu” – Azwan Ali

Baca juga


Tak hadir majlis pengebumian ibu: “Cerita saya dan ibu hanya Allah yang tahu” – Azwan Ali

AZWAN Ali, 51, namanya sudah tidak asing lagi dalam industri seni tempatan.

Tak hadir majlis pengebumian ibu: "Cerita saya dan ibu hanya Allah yang tahu" - Azwan Ali

Tak hadir majlis pengebumian ibu: “Cerita saya dan ibu hanya Allah yang tahu” – Azwan Ali

Penerbit, pengarah, pelakon dan pengacara ini sudah lebih 20 tahun aktif dalam bidang seni, namun kini Azwan lebih selesa dalam gelanggangnya sendiri.

Sungguh pun begitu, Azwan atau kini popular dengan panggilan Diva AA ini terus-terusan dihambat kontroversi.

Awal tahun 2017 saja, Azwan sudah dihimpit kontroversi apabila tidak hadir ke upacara pengkebumian ibunya, Februari lalu.

“Saya ada sebab tersendiri kenapa tidak hadir. Bukan sahaja ketika meninggal dunia, tetapi hampir dua tahun tidak bersua dengan ibu saya.

“Saya sedar ada yang mengkritik tindakan saya, tapi cerita saya dah ibu hanya ALLAH SWT yang tahu,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau berkata, sebagai anak, dia sudah melakukan yang terbaik dan sedaya upaya untuk memulihkan hubungan dengan ibunya.

“Biarlah kesedihan ini saya bawa hingga hujung nyawa saya. Apa yang penting, saya harap semua keluarga di luar sana saling bermaaf-maafan tidak kira orang tua ataupun muda.

“Jangan hanya tunggu raya sahaja, setiap masa kena memaafkan,” katanya.

Berkongsi rasa, hakikatnya kata Azwan bukan mudah untuknya menjalani kehidupan seorang diri.

“Kalau tak kental, susah nak hidup sendirian ni. Tapi, saya doakan yang baik-baik kepada semua orang. Kalau boleh, apa yang berlaku pada diri saya ni tak jadi pada orang lain.

“Kalau ada keluarga, hiduplah dalam keadaan harmoni. Tegurlah dengan berhemah andai ada yang tersalah dan paling penting jauhkan sikap suka memaki orang. Hargailah ahli keluarga kita sebaik-baiknya,” ujarnya.

Azwan berkata, sebagai anak yang mempunyai abang, kakak dan adik, seharusnya perkara sebegini dapat dibantu untuk memulihkan hubungannya dengan ibu.

“Saya tak dapat itu semua. Kerana itu saya selesa dengan apa yang saya lakukan sekarang. Saya anggap diri saya sebatang kara.

“Saya yatim piatu dan tiada keluarga lagi. Saya reda. Ini yang ALLAH SWT tulis untuk saya. Saya terima,” katanya.

Tidak hanya itu, Azwan mengakui sudah lama tidak merasai menyambut hari raya bersama keluarga.

“Masa mula-mula dulu memang rasa lain sangat. Kita dah biasa bersama-sama masa raya, tiba-tiba kena beraya seorang diri.

“Tapi sekejap je rasa macam tu. Bila dah masuk tahun ketiga sampai sekarang, saya rasa ok.

“Saya bukannya ‘lonely’ tapi lebih kepada ‘leave me alone’. Itu dua ayat yang jauh beza,” katanya.

Azwan yang memilih menyambut hari raya pertama di Kota Makkah akan pulang pada hari raya kedua.

“Sampai di sini, saya akan bersantai di hotel mewah dan meraikan lebaran dengan cara saya sendiri.

“Saya suka tengok gelagat orang yang bekerja pada hari raya. Kiranya saya jadi kawan merekalah pada hari itu,” katanya.

Via: Mstar

Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tak hadir majlis pengebumian ibu: “Cerita saya dan ibu hanya Allah yang tahu” – Azwan Ali

Sekianlah artikel Tak hadir majlis pengebumian ibu: “Cerita saya dan ibu hanya Allah yang tahu” – Azwan Ali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak hadir majlis pengebumian ibu: “Cerita saya dan ibu hanya Allah yang tahu” – Azwan Ali dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tak-hadir-majlis-pengebumian-ibu-cerita.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :