Takbir raya bahasa isyarat [VIDEO]

Takbir raya bahasa isyarat [VIDEO] - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Takbir raya bahasa isyarat [VIDEO], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Takbir raya bahasa isyarat [VIDEO]
link : Takbir raya bahasa isyarat [VIDEO]

Baca juga


Takbir raya bahasa isyarat [VIDEO]

UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (USIM) menampilkan kelainan pada takbir Aidilfitri USIM 1438H apabila takbir raya disampaikan bersama pergerakan bahasa isyarat.

Pegawai Pusat Komunikasi Strategik USIM Mohd Zaini Othman berkata, seramai 30 orang terbabit mengumandangkan takbir hari raya istimewa itu.

“Ia dijayakan dengan kerjasama persatuan orang kelainan upaya (OKU) iaitu Yayasan FAQEH, Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA), Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) serta turut disertai Sahabat FAQEH USIM dan Daie Pekak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, takbir itu dipimpin oleh pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM, Dr Anuar Hasin yang juga johan qari Tilawah Al-Quran Negeri Perak 2017.

“Turut bersama ialah Naib Canselor, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan Pengarah Pusat Islam Dr Khairul Anuar Mohamad,” katanya.

Menurutnya, rakaman takbir raya itu diadakan di dewan solat utama Kompleks Islam USIM pada 12 Jun lalu dengan bantuan kepakaran krew produksi Unit Multimedia dan Info-Digital Pusat Komunikasi Strategik.

“Kelainan penggunaan bahasa isyarat yang ditonjolkan oleh USIM dalam versi takbir hari raya ini adalah salah satu pendekatan dakwah mesra kepada OKU dan masyarakat.

“Universiti sebelum ini melaksanakan pelbagai pengisian dan agenda untuk meraikan dan menunjukkan rasa kebersamaan dengan golongan istimewa antaranya melalui penganjuran siri Konsert OKU Berdoa, khutbah Jumaat dengan bahasa isyarat serta menawarkan kursus Dakwah Tanpa Suara dan Al-Quran Braille di Fakulti Pengajian Quran Sunnah untuk siswa,” katanya.

Mohd Zaini berkata, mula ditayangkan secara rasmi di saluran USIM TV di platform YouTube pada malam 1 Syawal, takbir raya Aidilfitri istimewa USIM turut mendapat perhatian stesen televisyen AlHijrah apabila menyiarkannya di rancangan Assalamualaikum terbitannya pada hari raya pertama.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Takbir raya bahasa isyarat [VIDEO]

Sekianlah artikel Takbir raya bahasa isyarat [VIDEO] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Takbir raya bahasa isyarat [VIDEO] dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/takbir-raya-bahasa-isyarat-video.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :