Tarbiyah Kucing

Tarbiyah Kucing - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tarbiyah Kucing, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tarbiyah Kucing
link : Tarbiyah Kucing

Baca juga


Tarbiyah Kucing

Tarbiyah Kucing

Assalamualaikum & salam aidil fitri buat admin & para pembaca budiman.

Kucing. Siapa lah yang tidak kenal dengan makhluk comel ini?

Ada org tengok kucing sebagai makhluk penghias bumi, penenang duka tatkala melihatnya. Ada yg tengok biasa saja, tak wujud lagi bagus.

Ada orang, tengok kucing sebagai makhluk mulia disayangi Rasulullah, dan ujian buat manusia kerana mampu membuatnya bertambah amal, atau dikutuk para malaikat.

Dulu aku kategori yang kedua, biasa saja. Tak ada kucing lebih elok aku rasa. Malah, aku geli dan takut pada kucing.

Kegelian aku melihat kucing sama seperti kalian melihat tikus. Cepat-cepat aku teriak dan lari tak cukup tanah apabila ada makhluk itu melintas.

Kadang-kadang ketakutan itu membuat aku benci pada kucing.

Sehinggakan ketika aku menyewa rumah, ramai kawan-kawan aku yg sayang pada kucing bertindak membawa kucing liar masuk untuk diberi makan, tapi ketika aku ada, seringkali aku hentakkan kakiku dari jauh di hadapan kucing-kucing itu sehingga bertempiaran mereka ketakutan lari.

Sekiranya aku tak ada mood, aku akan lempar saja apa yg ada pada mereka, ada juga aku bantai mereka dengan penyapu dan kadang kala tak sempat mereka makan mereka dah ketakutan dan berlari keluar.

Kawan-kawan aku tahu perangai aku, salah seorang daripada mereka sehingga tidak bertegur lagi dengan aku setelah aku tak pedulikan teguran dia mengenai layanan kasarku terhadap kucing.

Bila kenang kembali, sungguh aku insan yg berdosa.

Sampai lah suatu hari, kami bergaduh besar sebab masuk kali kedua kucing liar yg mereka bawak masuk tu kencing dlm rumah. Hidung aku sensitif, gelisah aku bila terbau-bau hancing. Satu hal pula kena cium dan cari dari mana baunya.

Kawan-kawan aku semua bertanggungjawab mencari dan cuci lantai yang kemungkinan besar dikencing. Tapi aku masih tak berpuas hati, walaupun disental, baunya masih ada.

Nak masak tak selera, nak makan tak selera, nak buat apa semua tak selera dgn bau hancing yg tak hilang itu.

Gaduh kami tak surut. Akhirnya mereka berangkat keluar dari rumah itu dan tinggal lah aku seorang diri.

Ketika itu aku semakin marah dgn kucing-kucing. Puas hati? Kau suka lah aku hilang kawan, kan? Semua sebab kau!

Kucing-kucing yang sering dibawa masuk itu meow lagi di hadapan pintu. Mungkin dah terbiasa dibuka, dibawa masuk dan dilayan. Kali ni, langsung aku tak peduli.

Masuk sebulan keseorangan, aku jatuh sakit (demam yg amat panas) dan tiada siapa ada di sisi. Tiba-tiba aku rasa sunyi, kalau dulu pasti kawan-kawan aku masuk bilik bertanyakan apa aku nak makan, tekapkan tuala basah di dahi dan mungkin bawa aku ke klinik.

Kini, aku sorang. Bertemankan bunyi kucing yg aku tak endahkan mengeow depan pintu rumah.

Berhari-hari aku tidak boleh bergerak jauh dari katil. Syukur lah bilik air memang ada dlm bilik, jadi aku masih boleh mandi dan ambil wudhu. Cuma aku terlalu tak larat utk ke dapur dan masak apa-apa.

Hari kelima, badan aku mula kebah dan aku cuba menelefon mak. Aku tanya khabar dan akhirnya mengadu masalah aku. Mak hanya mendengar dan minta aku mohon petunjuk dari Allah di mana silapnya. Mak aku ada kata juga, mgkin silapnya kerana layanan kasarku terhadap binatang.

Aku pun apa lagi. Langsung menidakkan. Takkan lah hanya sebab tu.

Perbualan berakhir dan aku melangkah ke dapur utk masak. Walaupun masih longlai tapi aku kuatkan juga, aku perlu makan. Aku keluarkan daging dan bahan rencah yg lain utk persediaan. Setelah daging lembut direndam, aku memotongnya dgn sebilah pisau.

Tiba-tiba kakiku disondol laju dgn sesuatu yg berbulu dan berbunyi meow, lantas aku terlompat dan pisau potong daging tersebut terlepas dari tanganku.

Aku cepat2 berlari keluar dari dapur dan rebahkan diri di sofa dan mengurut-urut dadaku yang bernafas naik turun. Dari mana kucing tu datang?! Seolah2 aku tidak percaya. Tingkap terbuka, kah? Pintu terbuka, kah?

Macamana pulak aku nak keluarkan makhluk tu?!

Setelah nafas sesak ku reda, samar-samar ku terdengar bunyi meow yang menggigil dan tidak normal. Meow yang selalu aku dengar berbunyi manja kini nyaring dan tersekat-sekat.

Aku beranikan diri mendekati dapur, berharap kucing itu tidak meluru kearahku.

Aku menjengah, dengan perlahan aku ternampak di lantai bawah singki tempat ku potong daging tadi, rebahnya seekor kucing terketar-ketar menggeletek kesakitan. Di belakang badannya tegak tertusuk pisau dan darah mengalir dengan banyak.

Air mataku mengalir takut. Seperti tidak percaya dengan keadaan itu. Betambah kaku aku melihat darah yang banyak di lantai dan kucing tersebut cacat tiada satu kaki!

Lantas aku mencapai kain kering berhampiran dan mengangkat kucing itu letak di ribaku. Sambil aku menangis aku cuba menarik kembali pisau tersebut dari badannya kerana tusukan itu tidak terlalu dalam.

Jerih kucing itu kesakitan. Tindakku semakin teragak2. Semakin ku tarik semakin badannya menggeletek. Darahnya membasahi kain di atas ribaku.

Jangan mati jangan mati jangan mati.!!!!

Setelah ku berhenti seketika dan kaku tidak tahu buat apa, kucing itu memandang tepat ke mataku. Lalu dia memejamkan mata perlahan dan celik kembali perlahan. Matanya masih tenang melihatku.

Dia memanjangkan tangannya dan menyentuh tanganku yang menggigil. Seolah dia tahu aku serba salah.

Tiba-tiba aku rasa mahu menjaganya.

Geliku hilang, lantas dengan longlai aku bangun keluar membawanya ke veterinar. Separuh jalan sahaja kucing itu pengsan tidak sedarkan diri tapi nafasnya masih ada.

Aku menyerahkan 100% pada doktor. Tidak larat aku melihat prosedurnya. Kos rawatannya mencecah 600 iaitu bedah, jahitan dan ubat-ubatan yg mahal.

Tulang kucing itu juga sedikit teralih dari kedudukan.

Ketika itu aku sedang tipis duit, baru bayar sewa seminggu yg lepas, sewanya bertambah (kerana kawan2 tidak ada lagi dan aku bayar sorang), duit yg ada skrg tidak sampai separuh dari kos rawatan itu.

Salah aku juga, setiap kali gaji aku boros membelanjakan wang pada produk kecantikan dan makanan sehingga cecah hampir seribu ringgit. Sekiranya aku berjimat, pasti aku masih mampu membayar kos rawatan kucing ini.

Tidak sanggup aku melihat kucing itu mati. Sudah lah cedera atas kesilapanku, tak akan ku biarkan mati kerana khilaf kewanganku juga!

Aku membayar dahulu doktor itu seratus. Aku meninggalkan kad pengenalanku dan beritahu esok aku akan dtg kembali.

Aku pulang mencari apa yg ada di rumah. Make up mahal2 yg aku baru beli dan belum digunakan aku cuba jual pada jiran2 rapat dgn harga yg sangat murah.

Wangian Bath & Body Works, Estee Lauder, Victoria Secret dan lain2 aku jual sehingga 60% rendah dari harga sebenar.

Alhamdulillah ramai membelinya. Aku kira2, tidak cukup lagi 240.. baru ku teringat aku ada pelaburan emas dan tanpa berfikir panjang aku sell pelaburan emas ku.

Akhirnya wang mencukupi. Esoknya aku datang kembali dan kosnya bertambah kerana aku tinggalkan kucing itu semalaman.

Syukur tidak terlalu mahal, rm30 satu malam.. lebihan duit pelaburan emas tadi aku gunakan. Maka hadir lah kucing itu di di hadapanku, siap berjahit dan dibalut belakangnya. Sekali lagi dia memandang dan memejamkan mata perlahan..

Aku minta maaf.. aku beranikan diri menyentuhnya. Satu getaran di perutnya berbunyi. Aku cuak dan mengangkat tanganku.

She likes you.. doktor yang memerhati dari tadi bersuara. Perlahan aku menyentuhnya lagi. Getaran masih ada.

Aku membawanya pulang dan sesekali rasa geli masih ada juga. Ketika aku geli, aku menyentuhnya dengan kain.

Hari demi hari kucing itu tinggal bersamaku. Aku sering tertinggal solat subuh. Tetapi sejak kucing itu ada, walaupun cacat tiada satu kaki dan masih bengkak di belakang badan, dia gigih memanjat katilku dan mengurut badanku setiap kali jam 6 pagi.

Ia berlarutan setiap hari. Aku menjadi selesa dengannya. Aku memanggilnya Rex kerana kecacatan kakinya.

T-Rex.

Dengan adanya dia aku tak sunyi lagi. Ketika aku solat pasti dia menunggu di sebelah. Ketika dia lapar dia akan duduk tunggu di mangkuk makanannya, ketika ingin keluar dia meow di pintu.

Tidak jarang juga aku meletakkan makanan di hadapan pintu rumahku untuk kawan-kawan Rex yg lain di luar.

Masuk 4 bulan, jahitan Rex semakin bercantum dan tidak lagi nampak luka. Aku menjaga makan minumnya sehingga gemuk dan gebu. Bulunya jadi cantik kerana makanannya berkhasiat.

Cuma aku tidak berani memandikannya. Masih geli utk memegangnya lagi-lagi membayangkan dia takut air dan keberangkalian dia utk mencakarku.

Namun aku akui, kehadiran Rex mengubah sedikit sebanyak caraku. Aku mula suka bersedekah, sering berjimat duit gajiku dan lebih prihatin terhadap binatang tepi jalan meskipun aku masih geli.

Sekiranya ada dlm facebook atau instagram yg meminta pertolongan kos rawatan binatang, pasti aku menderma.

Rex, apatahlagi. Aku jaganya sebaiknya.

Sebulan sekali pasti aku membawanya ke pet grooming (kerana aku belum berani membersihkan badannya tiap2 bulan), namun pesanku supaya berhati2 supaya tak mengena pada jahitannya.

Alhamdulillah Rex baik-baik saja. Sekiranya dia senang hati dia akan menjilat bulu.

Minggu terakhir, aku sudah tak nampak Rex. Meownya juga tiada. Pada mulanya aku fikir mungkin dia merayau.

Sehingga aku balik dari kerja dan ingin mengangkat baju, aku nampak 2 ekor kucing terbaring kaku di bawah ampaian.

Kemudian aku ternampak Rex.

Juga terbaring dan mulut berbuih kuning. Matanya tegak terbuntang. Tidak jauh dari tmpt Rex rebah, ada satu bungkusan berbau racun.

Menjerit aku kesedihan dan mengangkat Rex. Siapa yg tergamak meracuni kucing2 ini?!

Aku memangku Rex dan badannya sudah sejuk dan keras. Kakinya kejang dan mata hitamnya penuh. Mati sudah kucingku!! Ya Allah!!!

Tidak pernah aku menangis sekuat ini. Jiran rapatku keluar dan mendekatiku. Dia menenangkanku dan mengatakan salah seekor kucingnya juga terkena racun. Semakin kuat tangisku.

Petang itu kami menanamnya bersama2. Hari demi hari aku pergi kerja dalam keadaan bingung.. tidak percaya apa yg berlaku. Tidak percaya Rex telah pergi. Tidak percaya Rex diracuni.

Apakah itu balasan terhadap layanan kasarku terhadap kucing, dahulu? Sekasar2 ku tidak pernah aku bertindak meracuni mereka. Tidak pernah aku bertindak menyeksa mereka!

Hari raya kali ini kusangkakan dapat ku sambut dengan Rex, ternyata tidak..

Cuma, kali ini rayaku berbeza. Setiap kali aku bertandang di rumah saudara mara yg punya kucing, aku bermain dgn mereka. Ramai yg pelik dgn perubahanku. Dahulu aku benci kucing, sekarang aku menyayangi.

Salah seorang sepupuku mempunyai kucing kecil yg digigit kuat oleh kucing besar sehingga tertimbul tulangnya di belakang. Kasihan, tidak dapat dia bermain dgn kucing sebayanya yg lain kerana sakit.

Dengan duit yg aku ada, aku sedekahkan pd sepupuku supaya dibawa terus kucing itu ke tmpt rawatan.

Jauh di sudut hatiku merindui Rex.. si cacat berbulu oren.. bermata hijau.

Aku turut menceritakan kpd kawan2 ku yg bergaduh dulu mengenai hal ini, mereka tersentak kerana Rex mmg kucing paling baik di antara kucing2 liar kawasan kami. Mereka seolah tidak percaya aku akhirnya mencintai haiwan. Kami akhirnya berbaik.

Hidupku saban hari berubah, subuhku terjaga, rezekiku semakin murah. Namun aku belum berani nak bela kucing lagi.. biar lah kucing2 liar yg masih hidup itu sahaja menjadi penemanku di luar rumah.

Sering aku membersihkan kawasan luar rumah dan menjengah kucing2 itu supaya tiada satu pun racun yg sesat.

Aku doakan sesiapa sahaja yg meracuni kucing2 yg mati itu menghadapi balasan yg setimpal atau paling kurang, diberikan petunjuk.

Sungguh, haiwan merupakan ujian buat kita sama ada bertambah pahala atau dikutuk para malaikat. Kehadiran mereka mengindahkan dunia ini.

Kalau ada yg tak suka tak perlu menganiaya mereka. Cukup lah kita buat hal kita dan jangan ganggu mereka. Sekiranya geli, halau dengan cara lembut atau jauhkan sahaja diri.

Rasulullah SAW pasti marah sekiranya melihat apa umatnya buat pada haiwan kesayangannya ini.

Semoga kita jumpa lagi di sana, Rex. Sungguh aku rindu sekali. Terima kasih kerana hadir dalam hidupku walaupun seketika, dan memberi peluang aku menjaga mu.

Tahukah kau, kau telah mengubahku menjadi insan yg lebih baik..?

Aku minta maaf tidak dapat melindungimu sayang, dari insan2 yg menganiayamu. Maafkan aku Rex.

Tunggu aku di sana.

Selamanya, Mama Rex

Sumber & Kredit: iiumc

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tarbiyah Kucing

Sekianlah artikel Tarbiyah Kucing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tarbiyah Kucing dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tarbiyah-kucing.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :