Tarikan Baharu Di Underwater World Langkawi

Tarikan Baharu Di Underwater World Langkawi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tarikan Baharu Di Underwater World Langkawi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tarikan Baharu Di Underwater World Langkawi
link : Tarikan Baharu Di Underwater World Langkawi

Baca juga


Tarikan Baharu Di Underwater World Langkawi

LANGKAWI – Underwater World Langkawi (UWL) kini sedang menyiapkan satu tarikan baharu di sini – satu ekosistem pantai mini tiruan – yang akan dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi.

Pengurus Besarnya Abdul Razak Abdul Aziz berkata projek itu yang bermula awal tahun ini pada asalnya dijangka siap bulan lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kerana halangan dalam mendapatkan flora dan fauna yang hidup.

“Kami mahu ekosistem ini seperti semula jadi seboleh mungkin dan walaupun lewat, saya yakin tarikan baharu ini akan disediakan kepada orang ramai selepas cuti Hari Raya,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran UWL malam tadi.

Sementara itu, beliau berkata UWL juga merancang mendapatkan tiga spesies anjing laut sebagai tambahan kepada dua ekor sedia ada di Aquaria di Jalan Pantai Cenang di sini.

Menurutnya kejayaan program pembiakan penguin UWL yang bermula pada 2006 telah membolehkannya membekalkan spesies Afrika Selatan dan Rockhopper ke beberapa zoo di sekitar Asia.

Abdul Razak berkata antara permintaan terkini yang diterima UWL adalah dari zoo di China dan Dubai dan Emiriyah Arab Bersatu. Sebahagian daripada mereka juga menunjukkan minat mahu melibatkan kakitangan kami yang khusus sebagai perunding.

Beliau berkata di sebalik kelembapan ekonomi global dalam tempoh dua tahun lepas yang menjejaskan pertumbuhan industri pelancongan, aktiviti UWL tidak pudar.

“Kami masih mampu mengekalkan sekitar 600,000 pelawat setahun (dalam tempoh dua tahun lepas)_,” katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tarikan Baharu Di Underwater World Langkawi

Sekianlah artikel Tarikan Baharu Di Underwater World Langkawi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tarikan Baharu Di Underwater World Langkawi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tarikan-baharu-di-underwater-world.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :