link : Taufiq Dah Tiada, Mayat Lelaki Dihanyutkan Arus Deras Di Hulu Langat Jumaat Lalu Sudah Berjaya Ditemui
Taufiq Dah Tiada, Mayat Lelaki Dihanyutkan Arus Deras Di Hulu Langat Jumaat Lalu Sudah Berjaya Ditemui
HULU LANGAT: Segala tanda tanya tentang tanya tentang Taufik Alias, 24, yang dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus banjir kilat tiga hari lalu terjawab apabila pihak bomba dan keluarga telah menemui mayatnya sebentar tadi.
Komander Operasi, Penguasa Bomba Mohd. Shafiq Ramli berkata, mayat mangsa ditemukan terapung oleh penduduk kampung di Tanjung Niah pada pukul 2.54 petang tadi.
Berita ini turut disahkan oleh sepupu mangsa Emylia Amer di laman Facebooknya, di mana dia menyatakan pihak keluarga dan bomba telah menemuinya tapi dalam keadaan sudah tidak bernyawa lagi.
Mayat Taufiq dikatakan telah ditemui di dalam Sungai Serai berhampiran Tanjung Niah kita-kira 800 meter dari lokasi dia dihanyutkan iaitu di hadapan berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, petang Jumaat lalu.
Menurut sepupu mangsa itu, jenazah Taufiq akan dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat dan akan dibawa pulang untuk proses pengebumian.
Jumaat lalu, satu rakaman video berdurasi 44 saat telah tular di laman sosial dan menunjukkan mangsa yang kelihatan terkapai-kapai dibawa arus ke arah Sungai Serai, dia cuba diselamatkan namun gagal kerana seluarnya tersangkut pada motosikalnya dan dibawa arus.
Hujan lebat petang Jumaat itu telah menyebabkan paras air sungai itu naik mendadak dan terjadinya banjir kilat. - Siakapkeli.my
Sumber: Mustakim Alias (Abang Mangsa), Utusan Online.
BACA: (VIDEO) "Taufiq Bukan Cuba Selamatkan Motor," Bapa Sangkal Tuduhan Dan Cerita Apa Sebenarnya Terjadi Kepada Anaknya
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Taufiq Dah Tiada, Mayat Lelaki Dihanyutkan Arus Deras Di Hulu Langat Jumaat Lalu Sudah Berjaya Ditemui
Anda sekarang membaca artikel Taufiq Dah Tiada, Mayat Lelaki Dihanyutkan Arus Deras Di Hulu Langat Jumaat Lalu Sudah Berjaya Ditemui dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/taufiq-dah-tiada-mayat-lelaki.html