TEMBUSI KUBU KUAT UMNO : KENYATAAN PPBM HANYA POLITIK KOSONG, PARTI PUN HURU HARA

TEMBUSI KUBU KUAT UMNO : KENYATAAN PPBM HANYA POLITIK KOSONG, PARTI PUN HURU HARA - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TEMBUSI KUBU KUAT UMNO : KENYATAAN PPBM HANYA POLITIK KOSONG, PARTI PUN HURU HARA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TEMBUSI KUBU KUAT UMNO : KENYATAAN PPBM HANYA POLITIK KOSONG, PARTI PUN HURU HARA
link : TEMBUSI KUBU KUAT UMNO : KENYATAAN PPBM HANYA POLITIK KOSONG, PARTI PUN HURU HARA

Baca juga


TEMBUSI KUBU KUAT UMNO : KENYATAAN PPBM HANYA POLITIK KOSONG, PARTI PUN HURU HARA

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah bukan sahaja mempertikai malah turut menyifatkan kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya parti berkenaan telah menembusi semua kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai kenyataan bersifat politik kosong.

Menurut beliau kenyataan tersebut tidak bersandarkan kepada asas serta realiti yang sebenar kerana hari ini rata-rata masyarakat umum dapat melihat bagaimana berkecamuknya PPBM bukan sahaja di akar umbi malah di peringkat pucuk kepimpinan.

“Kita bukannya nak bersikap angkuh…tetapi melihatkan kepada perkembangan terkini kenyataan berkenaan menimbulkan seribu satu persoalan. Di peringkat atas, ramai tertanya-tanya siapa sebenarnya yang mengetuai parti berkenaan… seperti tiada hujung pangkal.

“Di peringkat bawah pula kelam kabut dengan ahli yang keluar parti. Di Perak berkecamuk… Kedah pun sama malah di negeri lain pun ada yang mengambil tindakan yang sama. Itu belum lagi dikira yang tidak berpuas hati mengenai soal perlantikan kepimpinan negeri yang dikaitkan dengan kroni dan macam-macam.

“Malah hari ini turut dilaporkan bagaimana bekas Ketua Aktivis PPBM Negeri Sembilan, Mohd. Anas Sudin, memfailkan saman terhadap Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menuntut ganti rugi RM10 juta atas dakwaan memfitnah beliau.

“Jadi di manakah asasnya yang Muhyiddin sebutkan itu… di dalam parti sendiri pun penuh kacau bilau boleh pula mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Malah betapa kecamuknya mereka tidak dapat diselindung lagi antara satu dengan yang lain,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan keyataan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya parti berkenaan telah menembusi semua kubu kuat UMNO dan BN.

Shamsul yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO seterusnya menegaskan PPBM boleh membuat pelbagai dakwaan dan juga segala kenyataan namun hakikat yang sebenar adalah pilihan raya umum akan datang.

Malah kata beliau lagi UMNO juga boleh mengeluarkan kenyataan yang serupa malah lebih daripada itu jika ingin berbuat demikian, namun ianya haruslah berdasarkan kepada keadaan serta fakta yang sebenar dan bukannya kepada retorik semata-mata.

“Biarlah mereka ‘syok‘ sendiri dan kita di peringkat UMNO serta BN akan terus melaksanakan gerak kerja dan juga segala amanah dan tanggungjawab terhadap rakyat. Sebenarnya itulah kunci kepada kejayaan UMNO dan BN hari ini dan kita percaya rakyat akan bijak membuat penilaian,“ ujarnya.-MediaUMNO


Demikianlah Artikel TEMBUSI KUBU KUAT UMNO : KENYATAAN PPBM HANYA POLITIK KOSONG, PARTI PUN HURU HARA

Sekianlah artikel TEMBUSI KUBU KUAT UMNO : KENYATAAN PPBM HANYA POLITIK KOSONG, PARTI PUN HURU HARA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TEMBUSI KUBU KUAT UMNO : KENYATAAN PPBM HANYA POLITIK KOSONG, PARTI PUN HURU HARA dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tembusi-kubu-kuat-umno-kenyataan-ppbm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :