Tempuh Laluan Berpaya Cari Serpihan Pesawat

Tempuh Laluan Berpaya Cari Serpihan Pesawat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tempuh Laluan Berpaya Cari Serpihan Pesawat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tempuh Laluan Berpaya Cari Serpihan Pesawat
link : Tempuh Laluan Berpaya Cari Serpihan Pesawat

Baca juga


Tempuh Laluan Berpaya Cari Serpihan Pesawat

KEMAMAN – Berpuasa dan berdepan cuaca panas bukan halangan bagi anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam misi mencari pesawat pejuang Hawk 108, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan terhempas di Kampung Yak Yah, di sini semalam.

Seorang daripada mereka yang tidak mahu identitinya didedahkan, berkata beliau dan beberapa rakan sepasukan terpaksa meredah kawasan berpaya dan dipenuhi semak-samun untuk tiba di kawasan serpihan pesawat ditemui, kira-kira 400 meter dari jalan utama Ibok-Chukai.

“Orang mungkin nampak tugas pasukan beruniform ini mudah, tetapi bila dalam keadaan krisis banyak pengorbanan yang dilakukan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim bersama10 pegawai dan anggota menjalankan siasatan di kawasan penemuan bangkai pesawat tersebut.

Pihaknya terpaksa meredah kawasan hutan dan berpaya selama lebih tiga jam bagi mengesan bangkai pesawat yang ditemui pada 2 petang tadi.

Dalam kejadian semalam pesawat Hawk 108 yang berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan pada 11 pagi terputus hubungan dengan menara kawalan kira-kira setengah jam kemudian.

TUDM yang melancarkan operasi mengesan pesawat itu kemudian mengesahkan dua juruterbang pesawat terbabit Mejar Mohd Hasri Zahari, 31 dan Mejar Yazmi Mohamed Yusuf, 39 terkorban sekalipun berjaya melenting keluar daripada pesawat yang dipercayai terhempas. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tempuh Laluan Berpaya Cari Serpihan Pesawat

Sekianlah artikel Tempuh Laluan Berpaya Cari Serpihan Pesawat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tempuh Laluan Berpaya Cari Serpihan Pesawat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tempuh-laluan-berpaya-cari-serpihan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :