Terbalik kot…polis pula cekup pegawai SPRM

Terbalik kot…polis pula cekup pegawai SPRM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Terbalik kot…polis pula cekup pegawai SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terbalik kot…polis pula cekup pegawai SPRM
link : Terbalik kot…polis pula cekup pegawai SPRM

Baca juga


Terbalik kot…polis pula cekup pegawai SPRM

Tidak kira apa saja agensi penguatkuasa,siapa yang buat salah…sendiri tanggung.Apapun kes yang berlaku di Pulau Pinang ini agak menarik.

Sebelum ini kita dengar SPRM cekup anggota dan pegawai polis disyaki terlibat lindungi sindiket rumah urut dan judi haram seperti apa yang berlaku di Melaka.

Dalam kes ini polis pula cekup pegawai SPRM yang disyaki peras ugut seorang pegawai polis dalam satu kes judi.

Seorang pegawai SPRM berusia 38 tahun dari Unit Intelijen (Zon Utara) ibupejabat SPRM Putrajaya ditahan di sebuah restoran di Macang Bubuk,Bukit Mertajam pada jam 10.20 Jumaat malam.

Ketua Polis daerah Seberang Perai Tengah Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid kata pegawai SPRM itu disyaki meminta pegawai polis itu membayarnya RM3,000 sebulan.

Pegawai SPRM berkenaan memberitahu pegawai polis itu dia bertanggong jawab melaporkan perkembangan aktiviti judi haram.

Sementara itu SPRM telah mengesahkan penahanan seorang pegawainya di Pulau Pinang pada Jumaat kerana didakwa peras ugut seorang anggota polis dalam kes judi.

Kenyataan SPRM kata ia tidak akan berkompromi atas soal undang-undang sekalipun melibatkan pegawainya sendiri.

Katanya tindak tanduk itu tidak melambangkan SPRM.

SPRM mengalu-alukan siasatan polis dalam kes itu dan tidak akan campurtangan.

Dalam perkembangan berkaitan, pagi Sabtu Majistret Nurul Rashidah Mohd Akit di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam telah mengeluarkanm perintah tahanan reman selama tiga hari keatas pegawai SPRM berkenaan.


Demikianlah Artikel Terbalik kot…polis pula cekup pegawai SPRM

Sekianlah artikel Terbalik kot…polis pula cekup pegawai SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terbalik kot…polis pula cekup pegawai SPRM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/terbalik-kotpolis-pula-cekup-pegawai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :