TERKINI MH128 Hanya Berpatah Balik Ke Melburne Tidak Dirampas Timbalan Menteri Pengangkutan

TERKINI MH128 Hanya Berpatah Balik Ke Melburne Tidak Dirampas Timbalan Menteri Pengangkutan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TERKINI MH128 Hanya Berpatah Balik Ke Melburne Tidak Dirampas Timbalan Menteri Pengangkutan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TERKINI MH128 Hanya Berpatah Balik Ke Melburne Tidak Dirampas Timbalan Menteri Pengangkutan
link : TERKINI MH128 Hanya Berpatah Balik Ke Melburne Tidak Dirampas Timbalan Menteri Pengangkutan

Baca juga


TERKINI MH128 Hanya Berpatah Balik Ke Melburne Tidak Dirampas Timbalan Menteri Pengangkutan

Pesawat Malaysia Airlines #MH128 Berpatah Balik ke Melbourne Selepas Penumpang Cuba Ceroboh Kokpit

aziz-karpawi.jpg

INSIDEN gangguan daripada penumpang sehingga pesawat MH128 yang dalam penerbangan dari Melbourne, Australia ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik berakhir selepas penumpang yang membuat kecoh ditahan bahagian keselamatan lapangan terbang dan semua penumpang selamat meninggalkan pesawat.

18882031_772929796218066_882505507097156

Dalam kenyataan terkini daripada Malaysia Airlines pada 12.19 tengah malam, semua penumpang yang sudah meninggalkan pesawat menjalani pemeriksaan keselamatan oleh pihak berkuasa Australia.

Penumpang diberi kemudahan hotel dan ditawarkan untuk menaiki penerbangan seterusnya berdasarkan kekosongan atau menggunakan penerbangan syarikat lain.

Malaysia Airlines akan berkerjasama dengan pihak berkuasa Australia dalam menyiasat insiden yang berlaku.

18813208_772929686218077_900595959893444

“Kami ingin menegaskan bahawa tiada unsur pesawat dirampas.

“Keselamatan penumpang adalah keutamaan Malaysia Airlines dan syarikat penerbangan ini memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku,” katanya.

Pesawat MH128 yang berlepas dari lapangan terbang Melbourne pada jam 11.11 malam dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.28 pagi, Khamis.

Bagaimanapun, pesawat terpaksa berpatah balik selepas kapten menerima maklumat daripada anak kapal ada kekecohan berlaku apabila penumpang cuba masuk ke kokpit.

Susulan kejadian itu, akhbar tempatan Australia, Daily Mail melaporkan Lapangan Terbang Tullamarine ditutup dan pesawat diperiksa unit pemusnah bom.

18813707_772929656218080_273459650027983

25b6.pngHarian Metro

PESAWAT MH128 TIDAK DIRAMPAS

Malaysia-Airlines-bomb-threat-618795.jpg
Datuk Ab Aziz Kaprawi
Timbalan Menteri Pengangkutan

Saya ingin memaklumkan bahawa pesawat Malaysia Airlines, MH128 yang melakukan penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Tullamarine di Melbourne disebabkan oleh kejadian penumpang mabuk.

Malaysia Airlines sentiasa mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi dan saya dimaklumkan bahawa anak-anak kapal telah berjaya mengawal penumpang tersebut dan apabila pesawat itu mendarat, mereka telah segera menghubungi pihak keselamatan lapangan terbang.

Ketika ini, saya masih belum terima maklumat sama ada pesawat akan berlepas semula tetapi suspek dipercayai merupakan seorang warga Sri Lanka.

Saya ingin menyeru agar orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi mengenai sebagai kejadian yang melibatkan aktiviti keganasan.

video:

Sumber: tambahcheese

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel TERKINI MH128 Hanya Berpatah Balik Ke Melburne Tidak Dirampas Timbalan Menteri Pengangkutan

Sekianlah artikel TERKINI MH128 Hanya Berpatah Balik Ke Melburne Tidak Dirampas Timbalan Menteri Pengangkutan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TERKINI MH128 Hanya Berpatah Balik Ke Melburne Tidak Dirampas Timbalan Menteri Pengangkutan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/terkini-mh128-hanya-berpatah-balik-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :