link : Tertekan Hidup Sebagai Manusia, Gadis Ini Mahu Menjadi Seekor Anjing
Tertekan Hidup Sebagai Manusia, Gadis Ini Mahu Menjadi Seekor Anjing
Sejak bertahun-tahun lamanya kita digemparkan dengan kisah kejadian kanak-kanak berperangai seperti binatang akibat dilarikan kedalam hutan dan dibesarkan oleh jenis binatang yang melarikannya, cerita yang paling popular ialah kanak-kanak berpelakuan seperti monyet atau serigala sehingga dijadikan sebuah filem.
Namun berlainan dengan gadis daripada Ukraine ini, gadis yang digelar Gadis Anjing Ukraine, Oxana Oleksandrivna Malaya telah dilahirkan pada 4 November, 1983 di Wilayah Kherson, Ukraine, Soviet Union.
Kebanyakkan akhbar-akhbar tabloid menggelarkannya sebagai kanak-kanak liar yang dipengaruhi perangai seperti anjing, walaupun ia tidak jelas sama ada dia pernah tinggal berasingan daripada orangramai.
Dilahirkan didalam sebuah keluarga yang besar, ramai mengatakan gadis ini mengalami gangguan perkembangan diri dan tidak diberi layanan oleh keluarganya yang mana kedua ibubapanya juga kaki botol.
Beliau yang pernah tinggal di rumah anak yatim menjalani kehidupannya seperti seekor anjing ini termasuklah tingkah lakunya boleh dikatakan sama seperti sekor anjing.
Tidak terdapat bukti yang mengatakan bahawa Oxana pernah hilang dilarikan oleh binatang itu kedalam hutan dan dibesarkan semasa beliau masih bayi dan ada maklumat mengatakan kehidupan beliau semasa kecil tidak seperti kanak-kanak yang lain dan disebabkan itu kanak-kanak ini lebih gemar bergaul dengan anjing-anjing dirumahnya hinggakan semasa kecilnya beliau tidak boleh berjalan dan hanya merangkak dan berperangai seperti seekor anjing.
Oxana akhirnya dipindahkan ke rumah penjagaan untuk orang dewasa mental-orang kurang upaya dalam Barabol ( Ovidiopol Raion daripada Odessa Wilayah ). Beliau menjalani tahun terapi khusus dan pendidikan untuk menangani isu-isu tingkah laku, sosial, dan pendidikan beliau. Beliau telah diajar untuk bercakap dengan lancar, dan banyak masalah tingkah laku beliau telah diperbaiki.
Namun tingkah laku beliau seperti anjing mula terjadi semula apabila beliau telah ditemuramah oleh sebuah stesen televisyen untuk sebuah dokumentari dan perangai beliau akan berubah apabila beliau berasa keseorangan.
Pada tahun 2003, Oxana Malaya telah hidup dan bekerja di rumah kejururawatan Barabol, menjaga lembu dan kuda dan beliau kini berumur 30 tahun.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Tertekan Hidup Sebagai Manusia, Gadis Ini Mahu Menjadi Seekor Anjing
Anda sekarang membaca artikel Tertekan Hidup Sebagai Manusia, Gadis Ini Mahu Menjadi Seekor Anjing dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tertekan-hidup-sebagai-manusia-gadis.html