Tetamu Jadi Tuan Rumah

Tetamu Jadi Tuan Rumah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tetamu Jadi Tuan Rumah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tetamu Jadi Tuan Rumah
link : Tetamu Jadi Tuan Rumah

Baca juga


Tetamu Jadi Tuan Rumah

Tetamu Jadi Tuan Rumah

Bismillahirrahmannirrahim. Harap-harap confession ini berjaya disiar.

Ramai sangat yang bercerita tentang pengalaman berhari raya, jadi aku pun nak tumpang sama.

Tahun ni kami satu keluarga berhari raya di rumah homestay. Bukanlah disebabkan mak ayah aku tiada rumah tetapi kerana rumah tersebut diduduki oleh tetamu yang taknak balik ke rumahnya sendiri. Jadi kami satu keluargalah yang sewa homestay untuk bagi ruang kepada tetamu tersebut bergembira di hari raya dengan keluarganya di rumah kami, hahaha

Begini ceritanya, rumah di Negeri Johor ini adalah rumah ayah dan arwah mak. Kami duduk di sini sejak tahun 1984, masa tu aku darjah 4. Sebelum itu kami menumpang di rumah atok. Bila masing-masing dah kerja jauh-jauh, rumah itu abang aku duduk dengan isteri dan anak-anaknya. Kami adik beradik ramai, jadi bila tiba hari raya ada sebahagian yang menginap di hotel atau homestay tapi sambutan aidil fitri, memasak dan bersembang masih di rumah mak.

Kisahnya bermula apabila mak aku meninggal pada tahun 2013. Sejak itu, ibu mertua abang aku yang tinggal di sebuah pulau di Negeri Kedah datang tinggal bersama abang aku atas alasan dia sakit dan rumah kami itu berdekatan dengan hospital daerah, cuma lintas jalan sahaja. Sampai sekarang dah 4 tahun mak mertua abang aku buat rumah itu ibarat rumahnya sendiri, dan tidak pernah balik ke rumahnya sendiri walaupun sehari. Semua sanak saudaranya juga akan datang melawatnya tanpa mereka sedar bahawasanya mak saudara mereka itu hanya menumpang. Yang paling tak best bila dia orang datang tu, terus buat macam rumah sendiri, masuk terus ke dapur dan makan tapi dipelawa. Aduhai

Kenapalah aku nak membesarkan perkara ini? Kerana mak mertua abang aku terlalu garang dengan cucu-cucunya sedangkan cucu-cucunya tersangatlah baik. Hinggakan apabila kami balik ke rumah tersebut dengan anak-anak kami pun terkena juga. Dulu-dulu abang aku cerita anak-anaknya memang tidak suka balik ke kampung opahnya di sebuah pulau di Negeri Kedah itu sebab selalu dimarahi. Mak mertua abang aku ini hanya ada dua orang anak iaitu anak lelaki yang duduk di pulau di Negeri Kedah dan anak perempuan yang kahwin dengan abang aku.

Yang keduanya, mak mertua abang aku buat rumah arwah mak aku itu macam rumahnya sendiri. Bila kitaorang balik situ untuk cuti atau apa sahaja, bila kita keluar je, pergi ke kedai atau mana-mana, sekejap ataupun lama, rumah akan dimangga@dikunci. Macam tak bagi kitaorang masuk. Mulalah rasa nak marah, ini rumah siapa? Rumah engkau ke yang engkau nak kunci-kunci ini? Memang menyirap darah dibuatnya. Macam-macam peraturan dia, makan kena sentiasa sopan tak boleh secebis makanan pun tumpah, kalau makan biskut tak boleh secebis hama pun berterbangan. Nanti ibu mertua abang aku tu bising sebab dia kena sapuhish siapalah yang suruh dia sapuKita orang tahulah kemas lepas makan, ini time makan jam-jam tu jugak dia bising. Yang ini buat aku sayang giler kat arwah emak aku.

Dan yang paling sedih ialah tahun ini kami semua berhari raya di rumah homestay, masak, berkumpul dan bersembang di sana, tanpa menjejakkan kaki walau seminit ke rumah arwah emak. Aku tahu confession ini akan buat adik beradik yang lain marah kat aku tapi aku pun dah tiada hati nak balik raya kalau aku tak dapat beraya bersama kenangan arwah mak aku. Aku ingin bangun di pagi raya sambil meninjau bilik Mak. Aku ingin merasa kemeriahan berhari raya di rumah sendiri, bukan di homestay walau sehebat mana, sebesar mana homestay itu.

Dan pada hari raya tahun ini pada saat kami menjadi pelarian di tanahair sendiri, tetamu yang enggan pulang itu dengan gembiranya berhari raya bersama anak-anaknya termasuk anak dan cucu-cucunya dari sebuah pulau di Negeri Kedah. Kelakar kan? Kenapa boleh jadi macam ini? Kerana dalam adik beradik tiada siapa berani bersuara.

Pada aku, adalah tak patut untuk ibu mertua abang aku terus tinggal kat situ sebab rumah tu adalah rumah keluarga, bukan rumah yang abang aku beli sendiri. Rumah itu diamanahkan oleh bapak aku kepada abang aku supaya kami adik beradik dapat berkumpul.

Abang aku pun cerita ada kalanya bapak aku datang dan tiada siapa di rumah itu kecuali mak mertua dia, bapak aku terpaksalah pergi lepak di surau, walhal rumah itu dia yang beli dengan keringatnya sendiri. Bapak aku dah tua dan dia dah malas nak cara.

Pernah juga abang-abang aku dari KL balik ke Johor, dan apabila sampai ke rumah ada anak lelaki ibu mertua abang aku di situ, terus mereka balik semula ke KL hari yang sama tanpa bermalam.

Aku tak tahulah lepas ini apa pula. Dulu dapat jugak kami berhari raya kat rumah sendiri. Sekarang kami hanya tengok keluarga orang lain dan saudara-mara mereka bergembira di situ. Even saudara-mara mereka jauh pelusuk Malaysia sanggup datang ke situ. Tiada perasaankah mereka terhadap kami, yang sepatutnya berhari raya di situ, di tempat kami dibesarkan dan berkasih sayang dengan ibu kami. Kalau ibu mertua abang aku memang homeless sekalipun aku masih rasa tidak adil untuk dia duduk situ, patutnya tanggungjawab anak lelaki dia untuk pastikan tempat tinggal ibunya.

Sekarang ini dah 4 tahun dah tetamu yang taknak pulang tu duduk di rumah kami sebagai tuan rumah. Aku dah tak sanggup dah nak balik dah raya selepas ini. Anak-anak di luar sana, tengoklah kat mana mak korang berada, jangan sampai merampas hak orang lain. Adilkah orang lain yang kena menjaga emak kamu sampai terpaksa berkorban, pada hari raya pula tu, sedangkan engkorang semua berseronok anak beranak?

Aku harap perkara ini tidak berlaku kepada keluarga orang lain. Dulu-dulu masa arwah mak masih ada, akulah orang pertama yang akan balik ke kampung untuk beraya, dan orang terakhir meninggalkan kampung. Sekarang aku orang yang last sampai dan antara yang first balik..

Rindu Emak

Sumber & Kredit: iiumc

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tetamu Jadi Tuan Rumah

Sekianlah artikel Tetamu Jadi Tuan Rumah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tetamu Jadi Tuan Rumah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tetamu-jadi-tuan-rumah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :