Thai AirAsia X terima pengesahan semula keselamatan ICAO

Thai AirAsia X terima pengesahan semula keselamatan ICAO - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Thai AirAsia X terima pengesahan semula keselamatan ICAO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Thai AirAsia X terima pengesahan semula keselamatan ICAO
link : Thai AirAsia X terima pengesahan semula keselamatan ICAO

Baca juga


Thai AirAsia X terima pengesahan semula keselamatan ICAO

BANGKOK: Thai AirAsia X yang juga syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh pertama Thailand, telah memperoleh pengesahan semula standard keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Ia beserta satu lagi syarikat penerbangan NokScoot, menerima Sijil Pengendali Udara (AOC) berkenaan dalam satu majlis yang dihadiri oleh Menteri Pengangkutan Arkom Termpittayapaisith dan Ketua Pengarah CAAT Chula Sukmanop.

Menurut Sukmanop, Thai AirAsia X dan NokScoot merupakan syarikat penerbangan keempat dan kelima menerima AOC semula dan mencatat detik bermakna kerana kedua-duanya mengendalikan penerbangan antarabangsa.

"NokScoot dan Thai AirAsia X mewakili industri penerbangan Thailand di peringkat global yang serba kompetitif. Sehubungan itu, kita berharap kemampuan mereka memperoleh sijil itu dapat meningkatkan keyakinan kedua-dua syarikat itu serta penumpang warga asing," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setakat ini, CAAT telah menganugerahkan AOC kepada lima syarikat berdaftar di Thailand, merangkumi kira-kira 77 peratus laluan antarabangsa yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan terbabit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Thai AirAsia X, Nadda Buranasiri menyifatkan kejayaan mendapat AOC itu sebagai paparan tahap standard syarikat penerbangan itu khususnya kepentingan keselamatan yang menjadi teras perkhidmatannya.

"Kakitangan kami di semua jabatan telah mematuhi standard amalan keselamatan tertinggi sejak memulakan operasi komersial pada 2014," katanya. - BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Thai AirAsia X terima pengesahan semula keselamatan ICAO

Sekianlah artikel Thai AirAsia X terima pengesahan semula keselamatan ICAO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Thai AirAsia X terima pengesahan semula keselamatan ICAO dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/thai-airasia-x-terima-pengesahan-semula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :